Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini salah satu info penting yang Sha rasa patut untuk dikongsi dengan pembaca semua..
Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.
Barah rahim musuh wanita
Umumnya, kita masih tidak dapat menentukan punca sebenar kanser serviks atau turut dikenali sebagai kanser pangkal rahim dan
barah rahim.
Tetapi sebenarnya, tabiat pemakanan harian juga boleh dianggap sebagai faktor penyumbang masalah kanser pangkal rahim ini. Adakah ia benar?
Mengenali punca barah rahim
Selain jangkitan HPV, ada yang mengatakan bahawa makanan dan minuman tertentu juga boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks.
Dalam situasi ini, makanan dan minuman yang termasuk dalam kumpulan yang tidak sihat dengan kandungan nutrien yang sedikit boleh mengakibatkan wujudnya kanser pangkal rahim.
Tetapi apakah jenis makanan dan minuman yang berpotensi meningkatkan risiko pengembangan barah rahim?
5 faktor penyebab kanser serviks
Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elakkan pengambilannya, seperti:
1. Tinggi kandungan lemak jahat
Lemak yang dianggap tidak elok untuk kesihatan adalah jenis lemak trans dan lemak tepu.
Lemak trans adalah jenis lemak yang biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti deep frying. Ini antara jenis makanan punca barah rahim.
Manakala
lemak tepu pula adalah jenis lemak yang terdapat pada daging lembu, ayam, kambing dan yang sewaktu dengannya.
Seperti lemak trans, makanan yang tinggi kandungan lemak tepu juga boleh mengakibatkan perkembangan sel-sel barah pada pangkal rahim.
Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggantikan pengambilan sumber makanan tinggi lemak tidak sihat ini dengan lemak yang lebih baik.
Ia termasuklah asid lemak tak tepu seperti asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu.
Jenis lemak yang baik ini, tidak akan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada risiko peningkatan kanser serviks.
Ia biasanya terkandung dalam makanan seperti:
Minyak sawit
Minyak zaitun
Kacang tanah, gajus
Avokado
2. Daging merah
Siapa yang tidak sukakan hidangan stik bersama lada hitam, tetapi hakikatnya makanan kegemaran ramai itu ada bahayanya.
Daging merah, yang terdiri daripada daging lembu dan kambing turut boleh menjadi antara faktor penyebab kanser serviks.
Lebih memburukkan keadaan apabila makanan ini mempunyai jumlah lemak dan
kolesterol yang lebih tinggi berbanding daging putih, seperti ikan dan ayam.
Jika berat anda semakin naik, ini turut mendedahkan anda kepada barah rahim.
3. Makanan diproses dan segera
Ia sememangnya antara makanan yang sangat perlu dielakkan kerana menjadi penyumbang kepada kanser serviks.
Jika anda sukar untuk elakkan, mungkin boleh cuba kurangkan kekerapan pengambilannya dalam seminggu.
Sama ada makanan yang diproses atau makanan segera, kedua-duanya mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi.
Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertambahan berat badan yang akhirnya akan cenderung kepada barah rahim.
4. Alkohol
Tabiat meminum alkohol sememangnya berpotensi menyumbang kepada beberapa j
enis kanser.
Walaupun minuman ini bukan faktor utama penyebab kanser serviks, tetapi pengambilan dalam jumlah yang berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan.
Jika anda tidak dapat membuang tabiat minum alkohol, mungkin anda boleh sekurang-kurangnya mencuba untuk mengehadkan pengambilannya.
5. Kurang pengambilan sayur dan buah-buahan
Ini kerana sayuran dan buah-buahan adalah antara jenis makanan yang terkenal dengan pelbagai faedah untuk kesihatan.
Selain tinggi kandungan vitamin, mineral dan antioksidan, kebanyakan sayuran dan buah-buahan juga rendah kandungan kalori.
Cegah barah rahim
Sememangnya, tidak terdapat bukti kukuh bahawa sesetengah makanan boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks.
Tetapi dengan mengawal diet pemakanan harian anda, pastinya ia akan dapat mengurangkan risiko terdedah kepada masalah kanser serviks.
Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?