Saturday, October 24, 2020

Animasi English | Pokémon the Movie: Mewtwo Strikes Back Evolution (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan anime dengan anak-anak.. Kisah pokemon bernama Mewtwo yang diklonkan dari pokemon Mew.. Pokemon lagenda yang paling berkuasa.. Malangnya Mewtwo dicipta dengan tujuan untuk menjadi dua kali ganda lebih berkuasa dari asal dan bahan ujikaji saintis.. Bila Mewtwo tersedar, Mewtwo mencari tujuan kewujudannya.. Saintis yang melakukan proses klon tidak dapat menjawab hinggakan Mewtwo menyerang mereka..

Owh.. Ya, yang Sha tengok ini versi Netflix.. Bahasa Inggeris.. Bukan versi Bahasa Jepun.. hehehe

Pokémon the Movie: Mewtwo Strikes Back Evolution (2019)
Directors: Kunihiko Yuyama, Tetsuo Yajima, Motonori Sakakibara
Language: Japanese
Animation,Action,Family

Novel | Hantu oleh Mesbo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan himpunan koleksi cerpen karya penulis.. Ada beberapa cerpen yang menarik dan ada juga cerpen yang tergantung tanpa awal dan penghujungnya.. Terdapat 9 cerpen pendek yang bertemakan seram untuk dibaca.. Olahan penulis untuk cerpen ini menarik namun ada yang seolah-olah tak dibuat dengan menarik.. Namun masih okay untuk dibaca.. Ada yang boleh dijadikan tauladan dan ada yang harus dijauhkan.. Kita hidup di bumi Allah ini haruslah melakukan kebaikan..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2019 by SO Publishing

Friday, October 23, 2020

Buang dan Pasang Implanon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ada temujanji di Klinik Ibu & Anak untuk membuang implant lama dan ganti dengan yang baru.. Implant ini dimasukkan dibawah kulit lengan.. Sha pakai di tangan kiri.. Proses kali ini agak lama berbanding kali pertama dahulu.. Kali ini doktor mulakan dengan suntikan bius.. Sakit wei masa ubat bius tu masuk.. Meleleh air mata.. hahaha.. Bila ubat bius tu dah beri kesan, tak rasa apa pun..

Setelah bius memberikan tindak balas, doktor melakukan torehan sedikit menggunakan mata pisau pembedahan.. Torehan itu untuk mengeluarkan implan yang lama sebelum digantikan yang baru.. Alhamdulillah, implan yang lama berjaya ditarik keluar dengan mudah.. Bersih je batang implan tu.. Selepas memasukkan implan yang baru, kawasan tu doktor bandage supaya dapat menghentikan aliran darah.. Kebas lah sekejap tangan kiri Sha tu.. 

Sha beli Implan ini di LPPKN.. Sebelum pergi beli dekat LPPKN, doktor buat surat untuk Sha.. Surat tu Sha bawa ke LPPKN bersama wang tunai.. Kalau tak ada surat, rasanya tak boleh beli.. Boleh juga pasang dekat LPPKN tapi ada bayaran extra lah.. Kalau beli je Sha bayar RM500.. Implan ini untuk 3 tahun.. Cukup tempoh 3 tahun baru keluarkan dan ganti baru kalau nak terus pakai.. Tapi kalau tak cukup 3 tahun dan nak keluarkan semula pun, okay je..

ebook | Narcissus in Chains (Anita Blake, Vampire Hunter #10) by Laurell K. Hamilton

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk novel ini geram pula Sha dengan Anita.. Makin melampau pula dia punya pendirian sampaikan mengundang masalah yang terlalu besar untuk diselesaikan.. Namun dalam masa yang sama Anita berjaya memperolehi haiwan dan vampire suruhan.. Makin dasyat pula dia punya kuasa.. Hahaha.. Dalam novel ini pula ada makhluk yang digelar panwere yang gila dan bengong.. Pertama kali pula Sha baca pasal panwere ini.. hehehe.. Jahat tau panwere ini.. Dia culik ketua wereanimal dan seksa mereka..

Sha baca pada 18.10.2020 dan selesai pada 21.10.2020..

Sha baca di Google Play Books..
Published September 24th 2002 by Jove (first published 2001)

A panwere is a shapeshifter that can shift into many different kinds of animal forms, without being restricted to only one animal form when shifting.

Novel | Krisis Alpha oleh Ahmad Rizvan, Aliff Elyas, Syauqie M.K.

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama oleh Ahmad Rizvan
Kisah seorang lelaki yang dilatih untuk menjadi pengawal peribadi.. Antara yang terbaik.. Kerja pertama beliau ialah sebagai pemandu anak orang kaya.. Lelaki tersebut ingatkan hanyalah kerja hantar dan ambil namun diluar jangkaan bila mereka diserang.. Budak perempuan yang dihantar ke sekolah itu rupanya memiliki sesuatu yang menjadi sasaran kumpulan gengster kejam..

Lari Manap Lari olehSyauqie M.K.
Seorang novelis dihubungi oleh penjenayah bernama Manap untuk menulis buku mengenai beliau.. Bermulalah pembongkaran jenayah yang sangat besar melibatkan gangster dan juga orang berpangkat besar.. Nyawa novelis tu terancam bukan sahaja dari gangster malah pihak luar.. Memang menarik.. semuanya kerana Manap tak nak dijadikan kambing hitam..

Kill Zone oleh Aliff Elyas
Tajuk dia je dah menggambarkan kisah keseluruhan.. Mereka terperangkap dalam zone pembunuhan bila cuba membongkarkan salah laku orang besar-besar di sebuah syarikat.. Bila ada yang cuba membongkar, mautlah yang menanti.. Namun Saad, Jasman, Maisarah dan Rahmat saling membantu dalam membongkarkan kes yang besar ini walaupun nyawa mereka terancam..

Sha baca pada 17.10.2020 dan selesai pada 21.10.2020..

Koleksi peribadi sha..
Published May 2017 by TeBook Press

Drama Korea | School Strange Stories: 8th Anniversary (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini mula dengan babak seram dan pembunuhan.. memang tertanya-tanya jugalah kenapa hantu tu membunuh dan balas dendam.. Tapi bila sampai dekat ending dia memang mengejutkanlah.. Bila anak salah didik dan dimanjakan memang mengundang kejahatanlah..Bayangkan seorang pelajar sanggu melakukan pembunuhan hanya kerana tak nak rahsia yang disimpan terbongkar.. Walaupun tak sengaja namun niat dan tindakan tu memang terserlah ke arah kejahatan.. Bila terbongkar, tak akan dapat lari ke mana.. Yang salah tetap salah.. Owh ya.. Ada dua hantu yang membalas dendam..

Special: School Strange Stories: 8th Anniversary
Also Known As: 8년 , 8 Years , 8th Anniversary , hakkyogidam , haggyogoedam-8nyeon , School Strange Stories-8th Anniversary , 8nyeon
Director: Lee Chul Min
Genres: Horror, Drama
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Aug 27, 2020
Aired On: Thursday
Original Network: TV Chosun, Olleh TV
Tells the story of a terrible murder in a rural village that happened 8 years ago.
(Source: HanCinema)

Thursday, October 22, 2020

Filem Indonesia | Pelukis Hantu (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tengok genre katanya ada komedi walaupun seram.. Cuba jelah tengok.. hehehe.. Eh, menarik pula.. Cuma jenuh jugalah nak faham dialog perbualan mereka sebab tak ada subtitle bahasa melayu @ Inggeris.. 

Kisah Tutur seorang pelukis yang dijemput ke sebuah prgram tv untuk melukis gambar hantu dengan mata tertutup.. Mulanya Tutur hanya acah-acah, sekali memang Tutur boleh melihat hantu.. Hantu/kuntilanak tu pernah muncul dihadapan Tutur masa dia kecil.. Betul ke hantu atau imaginasi Tutur.. Kenalah tengok.. Ada babak komedi, seram dan juga sedih.. 

Pelukis Hantu (2020)
Director, Writer: Arie Kriting
Genre: Comedy, Horror
Duration: 1h 37m
Amateur painter lies about his ability to see ghosts and takes on a job as a ghost painter on a TV show. Turns out, he could actually see the ghost.

Komik | X-Venture Makhluk Legenda 04: Si Legenda Ropen oleh Sherlock, Xeno, Kino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pasukan X-Venture meneruskan misi kali ini dengan mencari kebenaran mengenai makhluk Ropen. Mereka akan bertembung dengan puak kanibal, pemburu haram dan letusan gunung berapi. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu meredah hutan Papua New Guinea yang penuh misteri! berjayakah misi mereka kali ini atau makhluk itu tak wujud pun.. 

Membaca komik ini menjadi kegemaran Sha sebab selain dari komik bergambar yang berwarna warni, buku ini juga ada bubuh fakta mengenai pesawat pejuang, kebenaran mengenai puak kanibal, haiwan seperti burung dan rama-rama serta fakta sains mengenai buah Ara..

Sha baca dan selesai pada 21.10.2020..


Published April 2012 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Minuman | Kopi Hang Tuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi jenama Hang Tuah ini sedap rupanya.. Encik suami Sha suka minum yang Kopi O.. Sha pula baru pertama kali cuba yang 3in1 ini.. Rasa dia power tau.. Memang nicelah untuk jadi peneman ketika membaca atau menonton drama.. Berbaloi beli untuk cuba.. hehehe.. Review ini berdasarkan tekak Sha ye.. Penerimaan kita berbeza-beza..

Wednesday, October 21, 2020

Filem English | The Nutcracker and the Four Realms (2018)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem ini Sha tengok dengan anak-anak.. Cantik, berwarna warni dan menarik.. Disney punya filem kan.. Memang bestlah layan.. Kisah budak perempuan yang kematian mak dan emmberontak dengan ayahnya.. Pada budak perempuan itu, orang lain langsung tak bersedih dengan kematian mak dia.. Walhal setiap orang bersedih dan merindun dengan cara tersendiri..

Masa di sebuah party, budak perempuan itu telah ke dunia ajaib dan bertemu dengan 4 penjaga disitu.. Ada yang jahat dan cuba menguasai dunia tersebut dan ada yang ingin menghalang.. Tak disangka bila yang sweet itu rupanya penuh muslihat..

Release date: November 1, 2018 (Malaysia)
Directors: Lasse Hallström, Joe Johnston
On Christmas Eve, Clara realises that before dying, her mother left her with an inheritance to a magical world of fairies and toy soldiers that are alive. She holds the key to the fate of this world.

Minuman | Premium French Roast

Assalamualaikum..
Hye semua..

bila pergi kedai runcit dekat kawasan felda berdekatan dengan tempat tinggal Sha ini, Sha suka cari sachet 3in1 yang Sha tak pernah cuba.. Macam Premium French Roast ini.. Lama dah teringin nak cuba tapi risau tak kena dengan lidah dan tekak.. Bila jumpa yang jual macam ini, Sha belilah 1.. 1 peket ini harga dia RM1 je.. Jadilah kan.. Nak rasa je.. Okaylah.. Pada tekak Sha.. Rasa dia kuat sikit berbanding Nescafe.. Tapi tak adalah keras sangat.. Masih boleh diterima dan nice.. Agak-agak nak ubah selera, bolehlah beli yang ini..

RM1 je untuk 1 sachet nie.. Tak pernah rasa, tu yang beli.. 

Sedap juga rasa dia.. Sedikit pahit tapi masih umph!!

Komik | Pendekar Melayu Terakhir oleh Azhar Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang ohsem.. Gambaran kejadian penajjahan Jepun di Tanah Melayu pada satu waktu dahulu.. Kekejaman dan kerakusan menindas Melayu dipaparkan dengan penuh terperinci.. Sehingga pembacaan mampu menitiskan air mata.. namun kekejaman itu akhirnya ditentang seorang pahlawan.. Kerana Allah beliau melindungi yang ditindas dari kekejaman.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2010 by Komik-M, PTS Millennia Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com