Thursday, December 24, 2020

Kepala Amani di Serang Kelemumur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah seminggu lebih juga Sha perasan tangan Amani selalu berada di kepala dia.. Ingatkan kutu, rupanya kelemumur.. Tapi kelemumur dia sangatlah tebal dan memenuhi hampir keseluruhan kepala dia.. Sha bawa dia potong rambut dulu bagi pendek supaya senang nak ditunjuk pada doktor/farmasi.. Rambut Amani ini jenis tebal, kalau tak potong pendek memang tak perasan kepala dia ada kelemumur tu.. Bila dah pendek barulah nampak putih-putih.. Macam salji turunnya bila sikat rambut dia..  Hari Selasa (22.12.2020) Sha bawa Amani pergi farmasi dan staf farmasi tu bagi shampoo Selsun dan ubat sapu jenama Selsun.. Semoga kembali pulihlah hendaknya kepala Amani ini..

Ubat ini kena sapu dan biar 10 minit dekat kepala Amani sebelum dibersihkan dengan shampoo.. Ubat ini pakai sehari sekali sampai nampak kelemumur tu berkurang baru pakai 2 kali sehari..

Inilah shampoonya..

Sumber:Google image.. Sha potong rambut Amani macam gambar ini..

Pemulangan Buku Teks & Pengambilan Buku Teks

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas merupakan minggu akhir persekolahan buat anak-anak.. Hari Khamis (17.12.2020) sekolah pagi minta buat pemulangan buku teks.. Masa ini memang Sha bawa anak-anak sekali.. Rumah masih berbau terbakar dan penuh debu dari pemadam api.. Lemas rasanya.. Jadi ke sekolahlah kami memulangkan buku teks Amani dan Imani.. Mereka tak pulangkan semua buku.. Amani hanya pulangkan 12 buah buku, buku teks Anthology of Poem Year 4,5&6 tak perlu dipulangkan sebab akan terus digunakan sampai darjah 6.. Imani pula tak perlu pulangkan buku teks Superminds sebab akan digunakan lagi semasa darjah 2.. Alhamdulillah semua buku cukup tak perlu nak diganti..

Hari Jumaat (18.12.2020) pula ke sekolah semula untuk pengambilan buku teks Imani sahaja.. Amani punya buku teks belum ada lagi sebab batch Amani dah silibus baru.. Group Amani akan pakai buku baru.. Kemudian nanti baru cikgu maklumkan untuk ambil buku teks.. Alhamdulillah kami sampai awal, cikgu bagi pilih buku teks.. hehehe.. Nak pilih beria pun tak boleh juga sebab buku teks dah bertangan-tangan diguna, faham-faham jelah keadaannya.. Kalau rosak teruk Sha ganti je nanti.. sekarang ini mudah, dekat Shopee pun ada jual dah.. Yang penting anak-anak seronok nak guna dan belajar..
 
 Anthology of Poem Year 4,5&6

Superminds

Wednesday, December 23, 2020

Mengecat Tiang di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bertungkus lumus makan dan juga mengemas Perpustakaan.. Hari ini ada audit Green Complience.. Bila nak audit je, kenalah bersedia dengan semua perkara.. Cantik, kemas dan berinformasi.. Sha berjaya mengecat sebatang tiang.. Mereka tampal musking tape dan Sha sapu cat.. Lepas makan kita keluarkan peluh.. hehehe..

Sampai part bawah je, Sha pun duduklah.. Marah kawan yang tolong ambilkan gambar ini.. hahaha.. Kalau bahagian atas tu yelah kena berdiri kan.. Sampai hat bawah ini, Sha pun duduklah.. Bukan susah pun, guna berus cat yang jenis roller.. Gelek je dari atas ke bawah..

Setelah cat kering...

Bila musking tape tu dibuang, barulah nampak garis putih seperti bata jadinya.. Kalau guna cat warna maroon mesti lagi cantikkan..

Kebakaran Dapur Rumah Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman yang tak dapat nak dilupakan.. Sha abadikan disini buat kenangan dan juga peringatan.. Rabu (16.12.2020) dapur rumah Sha terbakar.. Kebakaran disedari oleh anak Sha, Nur Imani pada jam 11.30 malam.. Malam tu Sha memang mengantuk sangat, pukul 10 malam Sha dah tidur.. Manakala anak-anak Sha dan encik suami masih lagi berjaga.. Sha tak buat rutin harian Sha iaitu periksa dapur, pintu dan lampu.. Encik suami masuk tidur awal juga.. Nur Imani memang selalu tidur lambat, membaca katanya.. Hehehe.. Ikut perangai Sha.. Malam tu dia tidur di bilik belakang.. Bilik tu memang nampak dapur Sha.. Dia dengar bunyi meletup dan nampak api lompat-lompat.. Imani ingatkan ayahnya tengah masak.. Dia bangun dan pergi jenguk dapur.. Tak nampak ayah dia.. Imani masuk balik bilik, tengok masih ada api.. Dia pergi balik dapur , lepas tu terus dia gerak ayahnya.. Imani cakap "Ayah.. Ayah.. Bangun.. Bangun.. Ada benda kat dapur..".. Encik suami terkejut terus bangun pergi dapur.. Sha pun terkejut juga sebab dengar suara Imani tu memang jelas takut dan panik.. Sha bangun dan pergi dapur tengok api dah menjulang marak.. Terus sarung tudung pakai sweater, ambil telefon dan dail 999.. Mula tu terdail 991.. hehehe.. Panik kan.. 

Encik suami pula terus naik motor dan panggil pengawal keselamatan.. Encik suami suruh bawa sekali pemadam api.. Bila pengawal keselamatan datang, masuk rumah dan tengok api terus dia sembur pemadam api.. Memang terbaiklah pengawal keselamatan kami.. Tak lama lepas tu polis datang, ambil keterangan dari encik suami dan tunggu bomba datang.. Bomba datang dengan bunyi siren yang kuat, makanya meriahlah kawasan rumah kami.. hehehe.. Bila bomba datang, dia check semua keadaan dan ambil keterangan.. Soal siasat semua, lepas tu dia sita dapur kami.. Mulanya macam nak sita rumah tapi agaknya bila tengok kondisi, macam okay je bomba sita dapur jelah.. Mujurlah yang terbakar tu dapur luar.. Kalau dapur tengah, tak tahulah.. Alhamdulillah juga disebabkan tindakan pantas pengawal keselamatan kami menyebabkan kerosakan tu tak adalah teruk sangat.. Kalau ikut bomba, akan ada pegawai forensik dari Tapah datang untuk tengok.. Sebab yang terbakar ini bangunan kerajaan kan.. Khamis tengahari, bomba telefon kata kertas sita tu dah boleh hantar dekat bomba sebab pegawai forensik tak turun.. Pegawai forensik tak turun sebab punca kebakaran dah dikenal pasti.. Puncanya, encik suami lupa tutup api dapur.. 

Paling terkesan selain kami dah tentulah penghuni aras kami.. Mereka tak boleh nak guna bilik air tengah, sinki dapur dan bilik air basuh baju.. Kami aras bawah sekali, kalau mereka aras atas guna juga memang banjirlah dapur kami dengan air kotor..

Alhamdulillah rakan-rakan sekerja buat collection duit dan sumbangan dari pihak masjid banyak membantu kami dalam melakukan proses baik pulih.. Memang terharu sangat-sangat bila ramai yang menghulurkan bantuan dan doa.. Sedikit demi sedikit proses pembaikan dilakukan oleh encik suami.. Bermula dengan mengecat semula bilik air yang hitam berjelaga, kemudian bilik baca Sha.. Hari Jumaat petang baru kami keluarkan semua peralatan dapur letak kat luar.. Mana yang tak boleh pakai dan mana yang boleh dipakai lagi, semuanya perlu diasingkan.. Nak kena bersihkan perkakas dari debu pemadam api lagi.. Hari sabtu tengahari baru datang kontraktor baiki paip pembentung tu.. Dua jam je dah siap.. Alhamdulillah.. Kemudian hari Isnin baru pihak Selenggara Politeknik datang untuk baiki lampu.. 

Selepas kebakaran

Setelah dibaiki..

Wordless Wednesday 2020

Tuesday, December 22, 2020

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 3 (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Akhirnya keluar juga babak "Pak Jabit.. Mee Kari.. Kuah Laksa.. Sebungkus, makan sini.."

Kali ini serigala jadian pula membuat kacau.. Kesian orang kampung, habis semua haiwan ternakan dikerjakan serigala jadian.. Bukan takat haiwan, barang pun habis dicurinya.. Kawanan serigala jadian ini mencari penempatan baru.. Masalahnya bila mereka membuat kacau, orang kampung pun tak sukalah.. Kalau duduk elok-elok tak buat kacau mungkinlah tak apa.. Nak tak nak, memang kena halau keluarlah.. Tapi episod kali ini bersambunglah pula..

Jamuan Selamat Tinggal 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, hari ini masih lagi berpeluang berkumpul dan meraikan hari ulang tahun serta mengucapkan selamat tinggal pada 2020.. Buat awal sebab ada yang nak bercuti bermula khamis ini sampailah ke hujung tahun.. Lepas tu esok nak audit, kami nak berkemas lah.. Mana yang boleh nak diubah suai, nak dibuatlah hari ini.. Tu yang bawa banyak makanan.. Boleh makan sampai petang.. hehehe..

Kek Happy New Year..
Victoria Sandwich (Pandan Cheese)

Laksam.. 

Nasi, ayam berempah, kari mamak, sambal belacan dan pepes ayam..

Oden..
Guna pes tomyam thailand dan pes asam pedas adabi..

Sha order sandwich je dengan rakan sekerja..

Kek untuk belated birthday staf dan bos.. (September)

Shopee | Tong Garden: Organic Chestnuts (120g)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya Sha beli di Shopee bila 99 Speedmart dah tak ada jual.. Mungkin tak ada stok kot.. Hehehe.. Cari dekat Shopee jelah senang.. Tapi tu lah.. Kebanyakkannya mahal.. RM5 ke atas harganya.. Sampailah jumpa dekat satu kedai ini harganya RM5 sebungkus, tapi kalau beli 6 pek dapat harga RM4.80.. Niatnya memang nak beli chestnuts je tapi ternampak asam la pula, belilah 1.. Lepas tu dapat kuaci (15g)  2 pek percuma.. Lepas ini boleh beli lagi dekat Shopee.. hehehe.. 

Beli 6 terus untuk dapatkan harga sebungkus RM4.80..

Beli juga asam prune ini.. Sebekas RM5.20..

Percuma kuaci Tong Garden..

Monday, December 21, 2020

Drama Korea | Dear My Name (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sha tengok di Youtube.. Ada 2 bahagian.. Kalau ikutkan drama ini 6 episod.. Setiap episod dalam 10 minit macam tu.. Drama ini cerita dia mengenai nama pasangan yang akan timbul di kulit.. Ada juga manusia yang tak ada pasangan sejati.. Masa Ji Woo remaja, satu nama timbul di pergelangan tangan Ji Woo.. Nama lelaki yang akan jadi pasangan hidupnya.. Namun bukan mudah mencari pemilik nama tersebut.. Bila Ji Woo akhirnya jumpa dengan Soulmate dia, lelaki tu mengaku yang nama Ji Woo ada dekat dia sebab dia ingatkan Ji Woo tu lelaki... Memang kelakar..


Drama: Dear My Name
Also Known As: My Name , To My Name , Na-ui I-reum-e-ge , Naui Ileumege , Naui Ireumege
Genres: Romance, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Nov 2, 2019 - Nov 20, 2019
Aired On: Wednesday, Saturday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 10 min.
A fantasy romance centered around a realm called the “Nameverse,” where the name of the person one is destined to be with is written on one’s body.
Yoo Jae Ha is a handsome student majoring in photography who receives much attention from the people around him. However, he has little interest in love or destiny. 

ebook | Eblys oleh Fatinilam Sari Ahmad

 Assalamualaikum..
Hye semua..


Sebuah buku mengenai 3 orang manusia dan seekor eblys.. Mim yang ingin membunuh diri ditawarkan untuk bertukar tempat dengan Zack.. Lelaki yang dicemburui Mim.. Pertukaran yang membawa petaka ke dalam kehidupan Mim.. Seronoknya hanya sekejap, kegusaran dan bahaya yang banyak.. Hinggalah dia ditangkap oleh polis atas tuduhan membunuh dan kehilangan beberapa orang gadis.. 3 sudut penceritaan.. Dari pandangan Mim, Zack dan akhirnya adik Mim iaitu Roha.. Cerita yang akhirnya membawa kita kepada satu perkara penting iaitu tak ada baiknya bila membuat perjanjian dengan iblis sebaliknya kesusahan dan petaka..

Sha baca dan selesai pada 17.12.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.. Free trial Pack..
Published July 1st 2020 by Buku Fixi

ebook | Kampus Puaka 01&02 oleh Chumaru Yoshida, Atiqyahya (Penterjemah)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 22 & 23 Sha baca untuk 7 Hari percubaan percuma aplikasi Oakbee Buffet..

Sha review terus dua komiklah, sebba tajuk dan jalan cerita dia lebih kurang je cuma kes disiasat je berbeza.. hehehe.. Kisah si Nada yang bersih jiwanya dan suka diganggu semangat hitam.. Datang si Yagami yang boleh melihat semangat hitam terus melekat dekat si Nada.. Lepas tu mereka berdua masuk Kelab Kajian Alam Mistik dan menyelesaikan kes-kes mistik bersama.. Buku 1 baru berkenalan dan nak rapat.. Buku kedua Yagamj selamatkan Nada dari roh yang dah lama menghantui dia sebab muka Nada sama dengan nenek saudaranya yang dijadikan pengantin jenazah.. Adat lama yang mana orang mati dikahwinkan dan pengantin tu sepatutnya orang yang tak wujud..

Memang menatik baca dua komik ini sebab penyiasatan perkara mistik.. Pencarian punca dan penyelesaian..

Sha baca dan selesai pada 17.12.2020

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.. Free trial Pack..
Published April 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.. Free trial Pack..
Published April 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sunday, December 20, 2020

ebook | Aku Dengar Kat Sekolah Ada... (Siri Aku Dengar... #3) oleh Justin C

 Assalamualaikum..
Hye semua..


Kisah sekolah yang dihantui.. Ada kisah yang sedih dan tanpa sengaja, ada juga kisah yang mana malang tu sengaja dicari.. Bila sengaja mencari malang, memanglah petaka yang dijumpai.. Pembacaan jadi seronok sebab komiknya berwarna dan ada juga cerpen pendek berserta permainan teka teka.. Baca komik sambil uji minda.. Gitu..

Sha baca dan selesai pada 17.12.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.. Free trial Pack..
Published November 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com