Monday, November 22, 2021

Filem China | The Kiddie Tomb (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang ngeri filem dia.. Banyak gila patung budak dalam kubur tu.. Dah la pusing-pusing pun masih tak jumpa jalan keluar.. Dengan labah-labahnya.. Patung budak yang mengerikan.. 

Jiang Yu terpaksa kembali merompak kubur bersama pakciknya kerana keadaan ekonomi mereka yang teruk.. Namun malangnya kubur yang dimasuki mereka tu sangat berbahaya.. Ketika berjaya keluar, mereka dipaksa masuk kembali.. Kali ini hanya seorang sahaja yang berjaya keluar..

The kiddie Tomb 2021
1 h 11 m
Adventure/Thriller/Cruel
Description:During the turbulent times, years of war led to the people’s lack of livelihood, and the Xieling faction, who had already turned over a new leaf, had to go back to tomb robbing to get money for food to save the people. Jiang Yu, the descendant of Xiling, followed his second uncle, Jiang Huairui, the leader of Xiling, who led a group of Xiling scholars into the tomb. Yet this tomb is full of dangers, and it hides the secret of a thousand years of sleep.

Frenche Roast: French Latte Extra Milky

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tak pernah nampak.. Selalu nampak Original.. Kalau anda peminat kopi berkrim, yang ini pasti akan jadi kegemaran anda sebab ada extra susu.. Rasa dia tak ada manis sangat tapi lebih kepada berkrim.. Memang bestlah.. Harga pula sekarang ini tengah promosi dekat Kedai Mesra Petronas.. 2 tin ini RM3.. Selalunya RM2 lebih..

Cantik kan tin dia warna biru..
Bayangkan dia susun berderet dekat kaunter pembayaran, memang terambil dan terbayarlah jawabnya..

Minum dengan ais, best je dia lalu tekak..

Sunday, November 21, 2021

Dutch Lady Coffee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga susu Dutch Lady perisa coffee ini.. Rasa dia tak adalah kuat sangat.. Lebih pada creamy.. Memang best layan.. Setakat ini yang Sha jumpa di Kedai Mesra Petronas, 7 Eleven dan juga 99 Speedmart.. Harga mengikut tempatlah ye.. 

RM1.55 di 99 Speedmart

ebook | Homet oleh Naim Tamdjis

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekejap je membaca novel ini sebab penceritaan dia laju.. Bermula dengan tugasan merawat Syafiq dan akhirnya kekacauan mula berlaku dalam kehidupan Dr. Wan bila Dr. Wan berjaya membuatkan Syafiq bercerita.. Semuanya berlaku dengan terlalu pantas.. Pembunuhan demi pembunuhan.. Sehinggakan Dr. Wan sendiri terpaksa berhadapan dengan makhluk yang tak disangka.. Namun twist yang diberikan penulis pada saat cerita hampir sampai ke penamat sangat mengejutkan.. Memang terbaiklah..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PDF Reader sebab ebook ini menggunakan password..
Published November 2021 by Naim Tamdjis

Hershey's Nuggets: Dark Chocolate with Almonds

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tak pernah nampak dan ada perkataan dark+almond.. Dua ini memang kesukaan Sha lah.. Rasa dark dia tak adalah terlalu kuat.. Dia lebih pada dark yang ringan gitu.. Tapi kacang badam dia tu dia bubuh seketul.. Memang bestlah kunyah.. Serius sedap untuk Sha yang memang gemarkan coklat hitam dan juga badam.. Berbaloi beli.. Sesekalilah.. Kalau tak silap harga dia dalam RM4 ke RM5 lebih cenggitu.. Sha beli 7 Eleven..

Harga dia Sha tak ingat.. Kikiki..

Ada 3 pcs dalam 1 pek..

Seketul coklat yang sangat mengancam..

Komik | Lawak Budak Sekolah: Bumper (Perhimpunan) oleh Poyo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bumper ini menghimpunkan komik Lawak Budak Sekolah #1, #2, dan #3 di dalam sebuah buku.. Memang terbaiklah bila boleh baca semula Lawak-lawak dari geng Budak Sekolah ini.. Selain itu, ianya berwarna warni.. Memang sedaplah mata membaca..Terdapat satu komik dan satu cerpen eksklusif didalam bumper ini.. Kedua-duanya tambahan menarik yang pasti memikat anda.. 

Layan tau baca komik ini di saat anda sedang stress.. Mampu mengundang gelak ketawa tanpa dipaksa-paksa.. kikiki.. 

Sha baca dan selesai pada 19.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published by PTS

Saturday, November 20, 2021

Komik | Lawak Budak Sekolah #6: Cikgu Baru oleh Froggypapa, Poyo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita dapat lihat Abang F beraksi sebagai guru bagi subjek seni.. Memang bermacam-macam kerenah yang perlu dilalui Abang F bila menjadi guru.. Belum lagi persaingan merebut cinta Cik Mira kita.. Kenakalan anak murid menjadi warna untuk komik budak sekolah ini.. Memang layanlah..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2021..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2019 by PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Wall's Ice Cream Paddle Pop Milkie

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin sha ke 7Eleven mencari gula-gula Himalay.. Bila dah masuk sini memang pusing satu kedailah.. Ternampak aiskrim ini dalam peti aiskrim.. Makanya jomlah beli.. kikiki.. Memang betul-betul milkie seperti yang diberitahu.. Serius sedap.. Berbaloilah dengan harga dia.. Kikiki.. Sha jumpa dekat 7 Eleven je.. Petronas tak ada nampak pula..

RM1.80 - Sha beli di 7Eleven..

Dua layer gitu.. Atas coklat dan bawahnya vanila..

Crowd Funding For Writer

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan disini info mengenai Crowd Funding penulis ini melalui jualan ebook terbaru beliau.. Lagipun ebook beliau tak pernah tak best.. Kalau korang berminat, bolehlah klik gambar atau link yang Sha berikan dibawah ini.. Harga untuk seketul ebook ini hanyalah RM10 sahaja.. Nanti Sha kongsikan review Sha ye.. 

Shopee | Pelbagai Barang Keperluan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dapat gaji je, mulalah menengok barangan keperluan yang perlu ditambah stoknya didalam stor.. Ini antara yang Sha beli secara atas talian di Shopee.. 

Shampoo Amani.. Tahan lama juga sebab pakainya bukan banyak pun.. Lagipun Amani sorang je yang pakai.. 2 botol (200ml) dan 1 botol (120ml) - RM74.76 (tanpa kos pos)

Deodorant satu keluarga.. hehehe.. RM70.40 (termasuk kos pos)

Alang-alang tu kita masuklah seketul dua makanan yang susah nak jumpa dekat kedai.. kikiki.. Jajang Ramen tu Sha beli sebab ada review kata tak pedas, maka jomlah kita cuba.. kikiki..

Ini pula hadiah untuk diri sendiri.. kikiki.. 

Beli alat ganti kereta juga.. Kebetulan dah sampai masa nak kena tukar, maka membelilah kita.. Yang ini, suami Sha bawa gi kedai tukar.. Bayar upah je..

Friday, November 19, 2021

Komik | Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah #3 - Kuasa Tiga oleh Poyo

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang kelakar dan menggeletek hati dari penulis.. Namun ada juga yang tertusuk ke hati.. Penuh teguran dalam lawak jenakanya.. Bacaan santai yang mampu menggembirakan dan menjentik hati.. Layan sambil bertenang-tenang gitu melihat keletah watak-watak dalam komik ini..

Sha baca dan selesai pada 18.11.2021..

Teguran yang sampai ke hati.. Ramai yang buat macam ini sekarang, kan..

Sha pinjam Buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published December 14th 2015 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Random Photo #23 2021

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bertemu lagi kita dalam entry bergambar.. Jomlah layan apa yang Sha kongsikan ini.. Minggu ini emosi kurang stabil sikit.. Bila kita seronok berkerja tapi keseronokkan tu dibunuh kerana sikap cemburu dan malas, memang sedih..

Beli kasut.. 3 pasang ini RM200.. huhuhu.. Kasut Amani yang separuh bertutup tu saiz 9.. Kasut mak baru saiz 8.. Pink tu Imani punya.. hehehe..

Claypot Nasi Ayam di Lotus, Kampar..
Pertama kali cuba, sedap juga.. Cuma jenuh nak habiskan.. Nasinya banyak.. hehehe..

Biskut kelapa yang rangup dan garing.. Puas hati makan.. Terasa kelapanya.. Tak tengit dan sedap.. Harga sebekas RM13..

Roti bawang putih & cream cheese Korea yang sedap.. satu ini RM2.50 je.. Tapi rasa dia memang best.. Ini kali kedua Sha beli.. Makan panas-panas memang best tapi sejuk pun layan je.. hehehe..

Jumpa kopi ini di pasar malam Kg. Gajah.. Pekat kopi dia tapi sedikit manis.. Harganya RM6 untuk cup sederhana ini dan boleh tambah boba dengan tambah lagi RM1..

Kena jadi acik cleaner.. kikiki.. Berbaju kurung pun boleh je mengemas pejabat.. Bukan selalu.. Sesekali..

Menambah stok kudapan dalam beg tangan.. kikiki.. Himalaya yang pink tu memang jadi kesukaan Sha.. Best.. Cumanya tak boleh makan banyaklah.. Cepat dahaga.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com