Sunday, March 19, 2023

Jepun | Revice Forward: Kamen Rider Live & Evil & Demons (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak layan cerita Kamen Rider ini.. Ini versi filem untuk Kamen Rider Demon dan Kamen Rider Live & Evil.. Kalau ikutkan filem ini ada kena mengena dengan Kamen Rider Revice..

Daiji berkerjasama dengan Bluebird untuk menangkap mereka yang menculik kanak-kanak dan membantu Hiromi.. Tapi berlaku sesuatu yang ganjil bila Hiromi yang sebenar terdampar di sungai.. Semua menyangkakan Hiromi mengeluarkan keinginan jahat dia.. Daiji pula bergaduh dengan Kagero.. Rupanya Dr. Ichimura mencipta klon manusia dan cuba mengambil alih dunia.. Ish.. Ish..

Movie: Revice Forward: Kamen Rider Live & Evil & Demons
Director: Sakamoto Koichi
Screenwriter: Mori Nobuhiro
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Release Date: Feb 10, 2023
Since the dissolution of Fenix, Daiji Igarashi continues to maintain peace with its successor, Bluebird. Meanwhile Hiromi Kadota is showing signs recovery according to Dr, Ichimura, who is a scientist at Bluebird specializing in genetic engineering.

At the same time, a new organization known as Alicorn has surged, claiming to be the guardians of the new era without Giff. They began kidnapping and confining young boys and girls for a certain reason. Hiromi is one of the suspects who is claimed to have kidnapped one of the victims, Rumi, and is put on Bluebird's wanted list. However, he encounters a man with his face... Muramasa, who appears in front of Daiji and his friends who attempt to discover the truth.

Daiji wavers before a new enemy and new "devil." Furthermore, he is betrayed by Kagero, who is supposed to share his body. The secrets that the kidnapped girl, Rumi, holds... just what connection to they have with Muramasa?

The final tale that inherits the spirit of Kamen Rider Revice, which has for one long year told the tale of a buddy relationship... begins now!

Kimchi Homemade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ini dekat cafe Marhaen Cremade.. Tak ingat berapa harganya tapi beratnya 100g.. Sha bayar tak sama harga yang dipaparkan.. Agak tertipu jugalah disitu.. Rasanya agak manis.. Ada rasa masam dan tak ada rasa pedas.. Memang lain dari yang biasa Sha makan.. Sekadar mencuba..

100g

Dapatlah semangkuk kecik.. Dua kali makan..

Pasangan yang serasi dengan kimchi ialah maggi goreng.. hehehe..

Saturday, March 18, 2023

US | Selena Gomez: My Mind & Me (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka pada ayat kita akan merasa sunyi walaupun ramai orang disekeliling kita.. Perasaan sunyi tu boleh datang pada siapa sahaja dan bila-bila masa sahaja.. Perkongsian yang menarik dari Selena.. Apa pun kerja, kita masih lagi manusia.. Mungkin dia tak tunjukkan sepenuhnya dalam dokumentari ini tapi yang sikit tu pun dah bermakna buat peminat dia.. Sha tengok sebab terjumpa.. Tak adalah minat gila-gila.. Tapi tahulah serba sedikit mengenai beliau..

Selena Gomez: My Mind & Me
2022 ‧ Documentary/Biography ‧  1h 35m
After years in the limelight, Selena Gomez achieves unimaginable stardom. But just as she reaches a new peak, an unexpected turn pulls her into darkness. An intimate study which spans her six-year journey into a new light.

ebook | The Asylum Confessions: Till Death Do Us Part by Jack Steen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini tema dia "Till Death Do Us Part".. Kisah pasangan yang menjadi pembunuh.. Ada 4 pengakuan semuanya.. Pengakuan pertama melibatkan jurugambar kahwin dan suaminya.. Ini terlebih kreatif.. Siap buat pameran.. Pengakuan kedua, melibatkan mangsa warga emas yang ditipu dan dibunuh tapi memusykilkan sebab pasangannya tak wujud.. Pengakuan ketiga pula tentang peladang yang terpaksa membunuh bila melibatkan kisah silam isterinya.. Pengakuan terakhir paling mengejutkan bila si suami rupanya memang tak ada masalah melakukan pembunuhan dan menanam mangsa semasa melakukan kerja lanskap.. Ngeri kesemuan pengakuan mereka..

Sha baca dan selesai pada 16.03.2023..

Published by July 13, 2021

Balut dan Bubuh Nama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesi bubuh nama dan membalut buku lah pula.. Lepas selesai urusan yuran semua, kita selesaikan bahagian ini pula.. Mujurlah buku teks Imani hanya ada 2 sahaja yang perlu dibalut.. Selebihnya, balutan masih cantik lagi.. Jadi tak payah usik.. Tunggu buku teks kakak pula.. Kakak punya tak dapat lagi.. Baru dapat buku aktiviti dengan buku tulis je..

Buku-buku Imani..

India | Meow (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini ada unsur mistik dan kelakar juga.. Kisah 4 lelaki yang telah melakukan kejahatan pada seorang perempuan di desa dan turut cuba membunuh kucing dia.. Kucing tu terselamat dan membawa roh si mati yang berdendam.. 4 lelaki ini pulang semula ke bandar dan masih meneruskan aktiviti jahat mereka.. Hinggalah pada satu hari, salah seorang dari mereka mati dibunuh namun tak ada kesan apa pun pada badan mayat dia.. Memang kematian misteri pada penduduk flat dan juga polis.. Kematian kedua berlaku dengan cara yang pelik juga, sebab tak ada kesan pelaku.. Salah seorang penghuni flat menyiasat dan berjaya menjumpai kucing yang dirasuk tu, pada setiap pembunuhan.. Pembunuhan tetap berlaku walaupun mereka bukan di flat.. Dendam yang memerlukan nyawa mereka.. Bila tinggal hanya seorang je lagi lelaki, mereka memanggil penangkap hantu tapi tak berjaya.. Kejahatan mereka akhirnya terbongkar.. Malah yang cuba membantu turut dihukum..

Meow
2016 ‧ Thriller/Comedy ‧ 1h 53m
When four jovial friends get murdered in a house, the police begin to suspect a model who stays in the same apartment. Later, after gathering evidence, she gets shocked to learn about the murderer.

Friday, March 17, 2023

Korean Variety | Hospital Playlist Goes Camping (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok secara atas talian je.. Dekat Youtube.. Memang menarik tengok gelagat diorang semasa berkhemah.. Bonding diorang tu.. Kenakalan masing-masing.. Memang layanlah.. Apa je yang tak best kalau diorang ini dah berkumpul.. Tambah bila tengok layanan diorang dekat Mi Do tu.. Sweet je.. Memang best..

TV Show: Hospital Playlist Goes Camping
Also Known As: Wise Camping Life, Camping Playlist, Seulgiloun Kaempingsaenghwal
Director: Shin Won Ho
Genres: Food, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Mar 4, 2021 - Apr 1, 2021
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 40 min.
Features the cast of Hospital Playlist going on a two-days-and-one-night camping trip together.

Coretan 17 Mac 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini meria dengan makan je.. hehehe.. Pagi ada perhimpunan bulanan.. Mula jam 8.15 pagi dan selesai jam 9.25 pagi.. Ringkas je.. Sha suka nyanyi lagu masa perhimpunan bulanan ini.. Hehehe.. Hilang stress.. Lepas perhimpunan dapat nasi lemak dan air mineral.. Ahamdulillah.. Lepas tu jam 10 pagi ada jamuan perpisahan untuk Timbalan Pengarah Pengurusan yang akan mula bertugas di Ipoh, Isnin ini.. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga beliau bertukar ke Ipoh.. Tak adalah nak kena memandu jauh-jauh da lepas ini..

Tanda hadir..

Rezeki pagi ini..

Bersama Timbalan Pengarah yang akan bertukar ke Ipoh..

menu jamuan yang sempat Sha ambil..

Shopee | Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak tambah stok ikan bilis kat rumah ini.. Bila nak puasa ini, kenalah ada.. Kalau tak lalu nak makan, goreng ikan bilis dengan bawang dan cili.. Memang syoklah sahur.. Sha beli melalui Shopee je mudah.. Pilih, bayar dan tunggu ikan bilis sampai.. hehehe.. Sha beli ikan bilis siap kopek.. Mudah kerja.. hehehe..

Ikan Bilis Mata Biru Kopek (500G)

Kita tambah sambal garing ini.. Buat kunyah dengan bubur atau nasi goreng.. Layan..

Serbuk Perasa Makanan Bayi (Ikan Bilis) - Ini sample percuma.. Masuk dalam bubur nasi sedap ini.. 

Temujanji Terakhir Amani?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bawa Amani untuk temujanji yang ketiga di klinik Ortodontik.. Doktor panggil untuk sesi perbincangan dan penerangan sebelum mulakan rawatan memasang pendakap gigi.. Sebelum ini, doktor dah buat xray dan buat acuan gigi Amani.. Melalui tu, doktor terangkan langkah seterusnya kalau nak pakai pendakap gigi.. Disebabkan gigi Amani jenis rapuh, kalau dia pakai pendakap gigi memang kena extra extra jagalah.. Kalau tak bahaya pada gigi dia.. Tambahan pula doktor kata masalah gigi dia tak adalah terlalu serius.. Gigi bahagian atas memang ke depan sikit tapi masih okay lagi.. Gigi yang tak keluar tu pun dah elok je tumbuh di celah-celah kawasan yang kecil tu.. Doktor bagi masa untuk bincang dan fikir.. Kalau okay baru maju ke langkah yang seterusnya..

Kalau Amani okay, doktor akan bubuh getah di celah-celah gigi yang perlu dicabut.. 4 batang gigi ye.. Getah tu tujuan dia untuk bagi ruang.. Lepas ada ruang, doktor akan pasang sarung besi di bahagian bawah.. Bahagian atas bersarung dan ada besi tambahan untuk pegang gigi supaya tak berganjak ke hadapan.. Lepas pasang pendakap, akan ada rutin temujanji secara berkala dan pendakap tu akan dipasang paling kurang 2 tahun.. Doktor maklumkan juga, kalau semasa pendakap tu dipasang gigi Amani bermasalah diorang akan tanggalkan pendakap.. Bermasalah disini adalah dari segi kerapuhan gigi Amani tu..

Amani yang risau.. Mak okay je mana-mama pun..

Shopee | Inner & Keronsang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua ini selalulah hilang atau tak cukup.. Bila nak buka sekolah je, mesti kena beli dan tambah.. Anak Sha tak suka pakai jenis serkup, tu yang Sha beli inner macam ini.. Sebelum ini dah beli dah, bila nak mula sekolah je tak tahu ke mana perginya.. Belilah lagi melalui shopee.. Kita tengoklah berapa lama bertahan.. hehehe..

5 anak tudung untuk Imani..

Beli 20 biji.. Harapnya lamalah tahan..

Thursday, March 16, 2023

ebook | The Asylum Confessions: Family Matters (The Asylum Confession Files) by Jack Steen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel sambil dengar lagu, perasaan tu lain tau.. Kepuasaan dia jadi berganda.. Kalau tak percaya, cubalah.. Tambah bila lagu tu kena dengan jalan cerita yang kita tengah baca.. 

Memang layanlah baca.. Kali ini penulis menggunakan tema.. Kesalahan yang dilakukan pesakit atas nama keluarga.. Memang macam-macam perasaanlah yang timbul bila baca pengakuan yang dikongsikan penulis ini.. Paling terkesan pada Sha adalah pengakuan yang terakhir.. Bagaimana Mary yang kehilangan anak mengalami kemurungan dan tidakada yang membantu.. Mary tak membunuh sebaliknya dia melarikan bayi yang dirasakan perlu diselamatkan.. Bela dan kemudian pulangkan semula kepada keluarga mereka melalui cara dengan meninggalkan bayi tersebut di hospital bersama nota.. 

Ada satu cerita yang dikongsikan membuatkan Sha ngeri membayangkan.. Bagaimana seseorang tu tak sepatutnya ada anak.. Ngeri dengan tindakan yang diambil atas dasar sayang seorang bapa.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 14.03.2024..

Published by April 6, 2021
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com