Sunday, December 8, 2024

Drinho | Soya Milk Corn Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba soya campur jagung ini.. Tak sangka pula ngam dan sedap.. Paling best sebab airnya tak manis.. Memang puaslah minum..

Soya Milk Corn Flavour (250ml) - RM1.70

Saturday, December 7, 2024

Calpis Soda: Anggur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Calpis Soda Original kan.. Kali ini Sha kongsikan perisa anggur.. Minuman yogurt ditambah dengan karbonat berperisa anggur yang ohsem.. Rasanya agak manis namun akan jadi seimbang bila ditambah ais.. Memang sedap di minum sejuk.. Sha beli dengan tawaran harga 2 tin untuk harga RM5.. 

Calpis Soda: Anggur (320ml)

Massimo | Divino Raisin & Roasted Walnut Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga roti ini.. Sha makan sikit ja, selebihnya encik suami yang makan.. Meriah dengan kismis.. Gabungan roti, kismis dan kacang walnut tu memang ngamlah.. Cumanya Sha bukan peminat roti yang ada kismis.. 

Divino Raisin & Roasted Walnut Bun - RM2.50

Girls Day Out

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa, Sha terima mesej dari adik manis yang pernah praktikal dekat perpustakaan Sha kerja sebelum ini.. Katanya jomlah minum kopi.. Makanya menunggulah Sha kedatangan beliau ke hospital untuk mengambil Sha.. Melepaklah kami makan-makan dan minum kopi sambil bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan.. Lama sebenarnya Sha tak keluar macam ini.. Sesekali dan tiba-tiba, memang menarik..

Sebelah Sha tu rakan sekerja di tempat lama.. Adik manis tu baru ja diijabkabulkan Sabtu (30.11.2024)..

Menu kami.. Sha memang minum kopi tau.. kikiki..

Friday, December 6, 2024

Buku | Pujuk oleh Arlina Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik sebab Sha baca saat Sha dah tak ada rasa untuk membaca.. Sha saja selak-selak sebab nak katalogkan.. Eh! Macam menarik.. Jadinya berhentilah sekejap dari melaksanakan kerja dan mula membaca.. Baca buku ini buat emosi Sha macam roller coaster.. Kejap mendatar, kejap menaik kejap menjunam.. Walaupun ada beberapa bahagian Sha agak kurang berkenan dengan apa yang disampaikan tapi okay lagilah buku ini, boleh ja nak baca santai-santai.. Dia macam menarik tapi lepas tu hambar kemudian macam... Eh!! Apa yang aku baca ini.. Tapi Sha masih berjaya baca sampai habis.. Kelakarkan.. Walhal dah berapa lama tak pegang buku atau selak ebook.. huhuhu..

Sha memang sensitif bila baca topik berkaitan figura seorang 'Abah', buku ini menyedarkan betapa kita selalu terlupa betapa pentingnya watak seorang abah.. huhuhu..

Sha baca pada 06.12.2024

Published January 1, 2016 by Buku Pojok

Tuesday, December 3, 2024

Goodreads | November 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutnya tema bulan ini ialah komik tapi sambil-sambil tu Sha selitkan juga novel.. kikiki.. Masalahnya tak ada emosi dah nak membaca.. Jadinya terhenti di pertengahan jalan.. Begitulah sekarang ini.. Nanti dah ada emosi, kita baca balik ye.. Jomlah tengok buku apa ja yang Sha baca..


Timo BrefWell: Ivy Leaf & Himalayan Salt Drops

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gula-gula ini menarik.. Yang Ivy Leaf tu rasa dia berangin tapi tak adalah kuat sangat.. Okaylah untuk segarkan mulut dan mata.. kikiki.. Himalayan Salt tu ada rasa lemon dan garam.. Menyegarkan tapi tak sesuai makan banyak.. Sedap dan mudah nak simpan sebab dia pack secara berasingan..

Timo BrefWell Ivy Leaf Drops (15g) - RM3.70
Timo BrefWell Himalayan Salt Drops (15g) - RM2.10

Ada 6pcs setiap pek..

Sabtu Yang Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (30.11) merupakan hari yang sibuk buat Sha.. kikiki.. Pagi Sha ke Saujana Utama untuk bekam dan urut.. Sempatlah makan roti canai sebagai sarapan.. Kemudian tengahari ke Kenduri kahwin adik pelatih di PSAS dulu.. Petangnya Sha dan encik suami ke Ipoh untuk ambil kunci dari penyewa lama, bersihkan serba sedikit rumah dan serah kunci pada penyewa baru.. 

Pergh!! Memang penatlah..

Jom naik motor ja.. Cepat, jimat minyak dan mudah nak parking.. kikiki.. Ini kami ke Saujana Utama..

Buah tangan dari kenduri adik pelatih.. 

Bawa tangga sebab nak tukar lampu dan tampal bumbung bocor dekat garaj kereta.. 

Monday, December 2, 2024

Temujanji Ortodontik & X-Ray

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani ke Klinik Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan susulan.. Selepas diperiksa, doktor suruh bawa Imani ke Hospital Teluk Intan untuk buat x-ray.. Kena print sendiri gambar bahagian sisi muka dan yang selebihnya dia bubuh dalam CD.. Selesai x-ray, kami ke Ortodontik semula.. Hantar cd dan gambar xray.. Lepas tu balik.. ulan depan datang balik.. Gitulah berulang sampai selesai..

Jomlah pergi x-ray..

Print gambar x-ray sebelum hantar ke klinik..

Birthday Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rabu (27.11) Sha dan encik suami ke Shah Alam.. Sarapan bersama dan terus ke JPJ, KKB untuk update alamat dan perbaharui lesen.. Tapi tak berjaya.. kikiki.. Boleh pula lupa bawa kad pengenalan.. Jadinya kita balik dulu, uruskan anak sekolah.. Petang baru Sha ke JPJ semula.. Dapat lesen fizikal, cuma kualiti dia lah.. huhuhu.. Bolehlah.. Janji ada lesen fizikal..

Pagi-pagi dah naik si putih ini ke Shah Alam.. Sarapan ja..

Petang encik suami belanja kek.. Kemain banyak dia belikan.. Hari ini baru habis.. kikiki.. Sehari kita makan satu..

Imani buatkan Sha jambangan bunga..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com