Shoplinks.Asia

Wednesday, June 3, 2015

Fajar Pakeer - En. Pendekar Mr. Cheese by Nia Qurratun'aini


Best gila citer nie..
Kenapa best???nak tau???
Bacalah sendiri..hehehe..jgn marah..
Keseronokan membaca novel nie terletak pada nama2 watak yg di gunakan..
Da macam baca kisah pahlawan Melaka..
Memang sangat menarik.. Penulis novel ini ada blog.. Ain Sasuke
Olahan yang sangat menarik dan mantap..
Penggunaan Sejarah Melaka sebagai selingan adalah sangat berinformasi..

Nak tau x nama2 yang digunakan??
Mesti nak kan.. Nie dia:-

1. Tuah Inderawan
2. Jebat Zulqarnain
3. Kasturi Raudhah
4. Lekiu Naqiuddin
5. Lekir Noor Syaqir

Menarikkan.. Rugi tau kalau x baca.. best dan menyentuh jiwa..
Cerita berkisarkan pasal sebuah keluarga dan juga empayer syarikat..
Hubungan adik beradik yang x mungkin terputus..
Hubungan suami isteri yang sepatutnya dicontohi..
Berterus terang dan menerima kekurangan yang ada..

Sinopsis dari belakang buku : "Bila tak nampak, rasa gelisah. Bila kat depan mata, diri sendiri pula yang resah."

Atas desakan Dato’ Mahmood, Jebat Zulqarnain perlu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Tuah Inderawan. Bagi Jebat Zulqarnain, duit itu umpama air. Kalau tak ada air, macam mana ikan boleh bernafas dan berenang, kan? Oleh itu, diikutkan sahaja kehendak ayahnya. Tak perlu fikir banyak. Apa yang penting, dia tidak perlu bersusah payah. 

Saat hati Jebat Zulqarnain masih mencari si pencuri hati, muncul Harum Wardah, si Miss Bodyguard, secara tidak langsung menambat hatinya. Senyum simpul sampai ke telinga bibir Zulqarnain tatkala bertentang mata dengan Harum Wardah. Orangnya manis, seharum namanya. Tapi jangan senyum-senyum, nanti Harum Wardah buka langkah, awak yang menggelabah. 

“Kenapa tak pakai sut hitam macam kat TV tu? Bukan bodyguard selalu pakai kot hitam, seluar hitam, cermin mata hitam ke?”

Tuah Inderawan, lelaki yang berpegang pada pendirian sendiri, akhirnya mengalah demi mengembalikan keadaan ke biasa. Dia sudah tidak mahu lari lagi walau hakikatnya hatinya masih sukar menerima segala perkara yang terjadi. Dengan rela hati, dia menerima Zara Alisha sebagai isteri.

“Muka macam belacan hapak, ada hati nak panggil nama tu Alice? Ingat kau tu Alice in Wonderland ke? Aku peduli apa, aku tetap nak panggil kau Zara. Biar macam Melayu sikit. Tak sedar diri ke yang diri tu Melayu? Jangan tahu letak bangsa Melayu aje kat kad pengenalan tapi berangan nak ikut budaya barat. Aku ni bukannya kahwin dengan orang mat salih.”

Dua beradik, dua cara berbeza. Mampukah Jebat Zulqarnain terus berpegang dengan kata-kata duit umpama air? Akan berjayakah dia membuat Harum Wardah menerima dirinya? Tuah Inderawan pula lari daripada apa? Akan bahagiakah hubungannya bersama Zara Alisha? En. Pendekar dan Mr. Cheese, siapakah gerangan orangnya?


Selamat mebaca..

15 comments:

  1. Singgah pagi...
    Novel ek..huhuhu..
    Rajinnyer membaca...
    nieyl klu novel..makan bulan jugak nak abis 1 novel..

    ReplyDelete
  2. alah bestnya....pinjam boleh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..tp kena mai Library sha keja nie la..daftar jd ahli, pas2 le pnjm novel..

      Delete
  3. Wahh. macam nak beli je. Voucher buku ada lagi. hikhik

    ReplyDelete
  4. perlu bnyak ide nk menulis novel yg sgt kreatif ni...

    ReplyDelete
  5. Assalam shahida,
    salam perkenalan yer :)
    ghajin uols dok membaca novel
    iols ni dah berkurun tak baca
    walopun bff novelis he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sha..kenkdg je kerajinan nie dtg..
      Best lah ada bff novelis..

      Delete
  6. Baca sinopsis macam best. Nak-nak pulak nama watak dia unik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama watak dia tu memang mengancam..try lah baca..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak Shahida..
    Alahai... tersentuh hati saya baca review akak untuk En Pendekar Mr Cheese saya ni. lebih2 lagi malam bulan ramadan ni.
    Terima kasih banyak2 kak sebab suka dengan watak2 dalam cerita ni. saya hargai sangat2.
    Alhamdulillah, apa yang saya cuba sampaikan, sampai ke hati akak.
    Jangan lupa, dapatkan karya saya You Are My Mr.Right.
    Dalam cerita ni, salah seorang watak En Pendekar Mr Cheese ada terselit sama.

    Sekali lagi,terima kasih dari hati yang paling dalam atas sokongan yang diberikan. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI