Shoplinks.Asia

Saturday, June 6, 2015

Kronologi Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) N17

Alhamdulillah..
Selepas memohon pada awal 2014 di SPA..
Memula dipanggil untuk Peperiksaan Online..
Alhamdulillah lulus..
Kemudian dipanggil pula untuk temuduga...





Temuduga dah pun settle..
Tinggal tunggu keputusan jer..
Aduhai.. Jenuh juga mencari Pusat Temuduga SPA di Ipoh..
Guna Maps Google, dibawanya ntah kemana-mana..
Sudahnya bertanya dengan orang..
Rupanya tepi jalan jer..
Cuma mereka x bubuh papan tanda..
Letaknya bersebelahan dengan Restoran Simpang Tiga, Ipoh..

Temuduga berjalan lancar..
Soalan yang ditanya, macam biasalah..
Mengenai diri kita..
Kemudian terangkan skop kerja kita sekarang..
Terangkan juga skop kerja Pembantu Tadbir N17 yang kita tahu..
Penemuduga tu juga tanya soalan Umum macam apa makna Keris lima bilah kat Jata Negara..
Nama Penuh Sultan Perak yang baru ditabalkan (2015)..
Kemudian bila dia tau yang saya memang dah memegang gred 17,
Dia pun tanya kenapa nak tukar skim N..
Jawapan yang saya beri adalah kerana ingin mengembangkan kerjaya saya..
Selain itu, Politeknik akan bertukar menjadi badan berkanun maka penempatan untuk Skim S akan semakin berkurangan.. Dasyat x jawapan.. hehehe..
Alhamdulillah settle dah.. Tunggu keputusan jer..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI