Aduhai Bos Bertuah! oleh Zan Zarida - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, June 12, 2015

Aduhai Bos Bertuah! oleh Zan Zarida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dengan isi cerita x kena..
Cerita okaylah tp x brape suka dgn watak utama iaitu Zamil dan Dian..
Watak Asmidar memang best..
Ada pengajaran diselitkan..
Rahsia hanya mengundang masalah..
Perkara yang kita nampak belum tentu perkara yg sebenar..Novel ini x sesuai untuk di adaptasi menjadi drama..Banyak negetifnya..
Berkisarkan hubungan suami isteri yg berantakan hanya kerana satu peristiwa..
Isteri meninggalkan suami tanpa izin..
Suami yg tidak berusaha memujuk isteri..
Kekasih lama kembali menagih cinta..
Tapi berakhir dengan bahagia..


Sinopsis belakang buku :- Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya.

Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! 
Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. 

Cinta tetap cinta… berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..