Shoplinks.Asia

Thursday, July 2, 2015

Fajar Pakeer - Prince Charming by Ratu Bulan

Assalamualaikum...
Nak kongsi sikit pasal novel..
Novel yang sangat kelakar..
Kalau baca nie akan ada babak2 yang membuatkan kita tetibe gelak sendiri..
Penulis berani menggunakan dua personality dalam satu badan sebagai salah satu watak dalam cerita ini. Watak utamanya seorang perempuan yang sangat ganas dan cakap lepas..
Cerita mengenai remaja perempuan yang menjadi kapten bola sepak sekolah menengah..
Cabaran yg dihadapi dalam mengawal pemain-pemain bola sepak yang macam-macam perangai..
Carta Prince Charming yang Misteri..
Betulkah ada sumpahan pada Carta Prince Charming..??
Cubaan membunuh hanya kerana Carta Prince Charming dikoyakkan???
Seriously novel ini menarik dibaca..

Boleh baca online di Blog : Prince Charming


Sinopsis belakang buku:-  Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

“Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?



17261761

10 comments:

  1. sesejak kawen xdan nk baca novel bgai...hihihi

    ReplyDelete
  2. macam best jer novel ni..awak ni sama dgn kita..pantang nampak novel mula lah..haha

    ReplyDelete
  3. lama giler x bc novel..sejak dah kawin ni..mmg xde ms nak bernovel2..teringin gak nak bc novel..tp konpom xde ms..ms iols semua kat anak2 dah skrg..tp novel ni mcm best giler..suka novel2 yg romantik2 kelakar suspen ada hantu2 skit hahahahahah

    ReplyDelete
  4. Novel jiwang jugak ke ni? Huhuhu. Melayu punya novel banyak yang jiwang-jiwang.

    Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  5. Rajinnya membaca...

    Kalau kite, baca sekerat-sekerat..

    ntah bila baru habis...

    ReplyDelete
  6. Assalam sha,
    waaaaa
    ganaih3 he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  7. Macam best :) Tapi ikutkan, kalau nak baca.. banyak lagi yang beratur nak kena baca :3

    ReplyDelete
  8. Dulu masa bujang dulu suka.baca novel sejak kahwin dah tertinggal sudah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI