Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, July 30, 2015

Buku Prima - I Love You Cikgu by Imanisa Riana

Boleh Baca online di Blog Novel Imanisa Riana

Menariknya novel ini sebab bercerita mengenai hubungan seorang guru dan pelajarnya..
Pengajarannya bila berkahwin, sikap tolak ansur, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan, hormat hubungan yg dah terjalin sebelum kedatangan kita..Jangan mudah marah tapi dengar dan hakimi dgn hati dan fikiran yang waras..
Cerita ini juga mengetengahkan pasangan yg berbeza usia dimana lelakinya lebih muda tapi sudah berkerjaya semasa berkahwin.
Isteri tetap kena menghormati suami biarpun suami itu lebih muda usianya..


Sinopsis Belakang Buku :- Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

16 comments:

  1. Cikgu pulak. hahaha. alaaaaaaaaaa tgok blog akak rasa mcm banyak gila novel yg tak baca lagi t.t

    ReplyDelete
  2. Jenjalan pagi ini kat sni...

    ReplyDelete
  3. anak murid jatuh cinta ngan cikgu wow best ni
    ape ending dia hehe
    dia pilih farid or iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..el kenaah baca..banyak pergolakkan yg berlaku bila kawin lelaki muda nie..

      Delete
  4. wahh baru ke ni
    lame dah tak usha novel ni
    cm menarik je jalan cerita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku lama tp sha baru berpeluang nak baca..

      Delete
  5. Assalamualaikum.
    Jalan2 tgk blog.. ternampak review di sini.
    Terima kasih krn sudi baca dan buat review. Sgttt hargai.
    Minta izin nk letak link blog saudari kat fb akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. boleh xde masaah. Terima kasih sudi singgah blog saya..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI