Thursday, June 9, 2016

Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum ini Sha ada cerita mengenai Kuda Merah (Saga SV) Sha yang meragamkan..
Sambungan kisah..
Entry sebelum ini boleh klik SINI.

Sabtu malam, Sha amik kereta dari Petronas..
Disebabkan encik suami busy, maka tersadailah kereta..

Hari Isnin petang baru bawa pergi bengkel..
Bila bateri tak mau charging, kawan hubby cakap Alternator kereta problem..
Tapi memang peliklah.. Kereta baru, takkan alternator dah problem..
sebab mengikut kata encik suami, alternator untuk kereta baru biasanya 4 ke 5 tahun
baru akan ada masalah.. Memang x puas hati gak la..
So sebelum pergi kedai, hubby tanya dulu dengan pomen tu..
Tanya harga lah, berape chargenye.. Alternator kalau ganti baru RM450.00 harganya..

So balik, standby duit..
Petang baru bawa kereta pergi bengkel dekat Slim River..
Bila pomen tu check, rupanya bukan Alternator yang rosak..
Ada satu suis dekat bateri tu yang terbakar..
Sebab tu bateri tak mau charging..
Bila bateri tak mau charging, kereta tak boleh nak hidup..
Simptom-simptom dia sama macam alternator yang rosak..

Alhamdulillah.. Alternator tak payah ganti..
Selamat RM450.00.. Hanya bayar RM15.00 sahaja..
Mujurlah bawa tempat yang betul..

Semoga perkongsian Sha ini, berguna untuk kawan-kawan yang baca..
Sekiranya menghadapi masalah yang sama seperti sha,
Bolehlah check yang ini dulu.. Kereta Sha Saga SV..

 
Inilah bentuk Alternator ye..
Kalau nak tahu detail mengenai Alternator dan petanda sekiranya Alternator bermasalah
boleh klk SINI.

 
Inilah yang rosak sebenarnya..
Mendenye kecik je..
Yang duk dalam bulatan merah tu..

 
Gambar dekat..

 
Ini pula alternator yang disangkakan rosak...

4 comments:

  1. Haaaaa punya jauh besa RM400++ dgn RM15. Alhamdulillah jmpa tmpat betul. Boleh simpan utk duit raya. Eh *Ceh ain dri hritu lagi sebut raya marah kaksha :P Ampunnn Loveyou kaksha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. x marah lah ain.. tu la jimat.. boleh buat belanja raya..

      Delete
  2. betul tu Sha, kena servey dulu dua tiga tempat dapatkan pendapat mekanik yang berbezakan .

    ReplyDelete
  3. hehehe.. bila jadi macam ni, dapatlah jugak ilmu kan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com