Wednesday, June 8, 2016

Pengalaman Hari Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..
Peristiwa ini jadi Hari Jumaat (03.06.2016)..
Kuda Merah kesayangan Sha meragam..
Memula pagi masa nak hantar anak pergi sekolah, dia tak mau start..
Hubby bawa pergi bengkel, tukar bateri..
Ingat dah okay lah..
Petang lepas amik anak2 kat sekolah dengan rumah pengasuh, kami pergi beli barang..
Dari Behrang ke Tanjung Malim..
Okay dan lancar.. 
Nak dijadikan cerita, masa dekat Tanjung Malim, Kuda Merah meragam lagi.. 
Tak mahu start..
Jenuhlah tengok.. Husband kata, starter problem.. So kenalah naik bas balik Politeknik.. Hubby ajak balik naik bas je.. Tinggalkan kereta dekat Tanjung Malim.. Malam karang dia datang repair..

Merasalah anak2 Sha pengalaman menaiki pengangkutan awam.. 
Lama sudah tak naik bas nie.. Rupanya tiket dah naik harga..
 Sekarang RM2 untuk dewasa dari Tanjung Malim ke Politeknik..
 Mujurlah ada aircond.. Sejuk sikit badan..
Setengah jam jugalah naik bas.. 
Cepat sebab bas tak banyak berhenti untuk turunkan atau ambil penumpang..

Mujur tak kena menapak dari pagar Politeknik hingga ke kuarters.. 
Hubby minta tolong security guard untuk hantar pergi kuarters amik kereta lain.. 
Pengalaman dan dugaan Allah..

Malam lepas isyak kami pergi ambil kereta dekat Tanjung Malim.. 
Hubby bawa extra bateri.. 
Bila buka lampu, sebab lalu jalan gelap terus dia kong balik.. 
Nasib baik kong dah dekat dengan Petronas.. 
Memang terpaksa lah Kuda Merah ditinggalkan di Petronas.. 
Bateri dah tak ada.. 
Enjin dah tak boleh start.. 
Alahai Kuda Merah kesayangan Ku..

Kuda Merah yang meragam..

Tiket bas.. Klasik owh tiket ini..

Kuda Merah tersadai di Petronas..

Nanti Sha cerita masalah sebenar yang terjadi pada Kuda Merah (Saga SV) Sha ini
dalam entry Kuda Merah Meragam..

9 comments:

  1. kuda merah wat hal lagi ye
    tu dia suh ganti kuda lain kut hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Kak El.. lambat lagi kot nak ganti kuda baru.. sayang Kuda merah nie..

      Delete
  2. ni sama dengan kes viva MV lah ni..alternater dia rosak...sebab tue dia x ble supply karen n bateri kong ...

    ReplyDelete
  3. susah jugak bila kereta buat hal..

    ReplyDelete
  4. thanks sudi mengebom blog ya.. lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
  5. wahhh ! ada lagi tiket macam tu kan.. dah tak nampak rupa tiket bus dah sekarang..

    tapi, tiket bus tu paling antique.. boh dalam muzium.. hehe

    ReplyDelete
  6. dah lama ke pakai kuda merah tu.. hihihihi..

    ReplyDelete
  7. kuda merah mintak tukar kuda lain :P kuda raya panggilnya huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com