Udang Lipan - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, June 16, 2016

Udang Lipan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pernah makan Udang Lipan??
Sha baru first time cuba..
Sebelum ini memang tak pernah try..

Rupanya bukan senang nak makan dia..
Abah Sha bagi tau, kalau nak mudah siang dia kena bekukan dulu..
Lepas tu baru buang kulit dia..
Isi dia lebih kurang macam udang biasa jer..
Bentuk dia jer yang berbeza..

Udang Lipan ini juga dikenali dengan nama
Udang Ketak, Udang Mentadak @ Udang Ronggeng..
Boleh juga klik SINI untuk tengok cara-cara menyiang Udang ini.

Disini Sha sharekan resepi ringkas untuk masak Udang Lipan ini..

Udang Lipan Goreng Kunyit
Bahan-bahannya
Udang Lipan yang dah disiang..
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 ke 4 biji cili padi
Marjerin Adele untuk menumis

Cara Memasak
Memula, tumiskan bawang dan cili tadi dengan marjerin adele.. Kemudian masukkan udang yang dah diperap dengan perencah gorengan Adabi.. Tumis hingga naik bau.. Sudah siap.. Hidangkan bersama nasi dan lauk lain..

Mudah jerkan.. 

 
Sumber Google : Ini rupa sebelum disiang..

 
 Ini pula yang adik Sha dah tolong siang dan buang semua kulitnya..

 
 Udang yang dah diperap..

 
 Hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi..
(Boleh juga tambah daun kari)

 
Udang yang dah siap dimasak..

9 comments:

  1. kecik2 dulu mak aku rajin beli dan masakan ... waktu kat penang la .. bila dah dok kedah jrg dah jumpa .... sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha baru first time jumpa.. Sedihkan.. kikikiki..

      Delete
  2. Ya Allah sedapnya kaksha. Tempat Ain dulu byk skrg dah takdek. last makan 5,6 tahun lepas :( Celup tepung pun terangkat tau kaksha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. nampak sangat kak sha nie ketinggalan.. Nanti kak sha cuba celup tepung lak..

      Delete
  3. sedapnya.....mahal udang ni tau sha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal eh MV.. Sha pun tak tau sebab abah yang tolong beli..

      Delete
  4. penah sekali masak udang lipan ni..sedappp

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan udang ni...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..