Monday, February 17, 2020

Hadiah Peraduan Novel Bramfield House

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah sempena Peraduan Novel Bramfield House dah selamat Sha terima petang tadi.. Boleh baca di entry Menang Peraduan Novel Bramfield House sebelum ini.. Sha dapat sebuah novel, sebatang pen dan buku nota yang comel.. Tak sangka walaupun hadiah saguhati namun hadiah yang Sha terima ini sangat istimewa.. Terima kasih pada penulis untuk hadiah yang super ohsem ini.. Memang tak sabar nak mengembara ke Bramfield House ini..

Sebuah novel Bramfield House oleh Maria Kajiwa..
Sebatang pen comel
Sebuah buku nota Fajar Pakeer..

Sinopsis Novel Bramfield House oleh Maria Kajiwa
"Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lwngkap tanpa semangatnya." - KAPTEN BROCK

Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama 'Bramfield House' yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemenang amanah bagi menguruskan Bramfteld House.

Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada berberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

"Dia nak darah manusia." - ANDAK
"Musuh Brock bukan seorang. " - WINSTON

Rahsia terbongkar, penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

6 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com