Assalamualaikum..
Hye semua..
Tahun ini ramai yang teruja nak beraya kan.. Macam mana persiapan? Mesti meriah.. Pada yang nak pulang ke kampung tu, berhati-hati.. Sha tak ada ke mana, hanya di Behrang sahaja.. MIL pun dah duduk Slim River, lagi dekat dengan kami.. Memang tak adalah tempuh jem.. Tahun ini masih ada rezeki nak makan batang buruk walaupun rakan yang selalu jual tu dah meninggal.. Sha beli dengan staf Hospital.. Batang buruknya stail lama bukan guna kulit popia.. Sha beli 1kg terus.. hehehe.. Bukan nak makan masa raya pun.. Berbuka dengan bersahur je nanti ini.. kikiki.. Kuih kapit tu pun dah tinggal separuh.. Rangup, nipis dan tak manis.. Kuih Kapit ini biras Sha jual.. Sha memang suka yang kosong berbanding yang ada inti..
Sebekas RM15, Sha beli 2 bekas..
Dua pek ini RM36 (1kg)
Persiapan raya sikit sikit je. Tak sabar nak sambut raya lebih meriah tahun ni. Untung sangat tu dekat tak payah tempuh jem. Sedap batang buruk original. Susah nak jumpa tu.
ReplyDeleteSamalah kita Sha,lebih suka kuih raya tradisi. Saya suka kuih bangkit tapi susah nak jumpa yang sedap di KL ni
ReplyDeleteSedapnya kuih tu. Macam lama pula tak makan.
ReplyDeleteBeraya zaman 90-an kalau rumah ada batang buruk, dikira orang have have. ðŸ¤
ReplyDeleteoo.. ada yg guna kulit popia ya..kuih kapit suka yg inti peanut butter..
ReplyDeletesaya pun prefer kuih kapit tanpa inti
ReplyDelete