Assalamualaikum..
Hye semua..
Kisah Jane sekeluarga yang datang ke Tanah Melayu.. Mulanya semua berjalan baik buat mereka.. Jane sekeluarga di sukai ramai kerana mereka merendah diri, mesra dengan orang kampung dan membuka kelas buat penduduk.. Namun ada juga yang geramkan Jane kerana kecantikannya.. Tragedi menimpa mereka dan Jane mati.. Namun James telah menghidupkan Jane dengan memaku tengkuknya.. Mulanya semua okay namun Jane bukan manusia lagi.. Lama-lama, James mula takutkan Jane dan lari membawa Jack anak mereka kembali ke London.. Jane tetap menanti kepulangan suami dan anaknya..
Tanpa mereka sedari, Jane telah melahirkan seorang anak selepas beliau di paku.. Anak itu dibela manusia biasa namun sifat anak itu diragui.. Selain dari kisah Jane, penulis juga turut menyampaikan kisah yang berkaitan dengan mereka disekeliling Jane serta James.. Watak-watak nya agak banyak dan saling berkait.. Jadi kalau membaca novel ini memang kena teliti dan tak boleh skip.. Satu lagi novel ini tergantung, kalau ikut penyataan penulis novel ini akan ada sambungan.. Harapnya cepatlah sambungannya keluar..
Sha baca pada 08.04.2022 dan selesai pada 09.4.2022..
Published 2022 by Tebook Press
Selamat membaca
ReplyDeleteBuku ni dalam bahasa inggeris ke melayu? Apapun, sinopsis buku ni memang menarik.
ReplyDeletekiranya jane tu dah mati laa ya?
ReplyDelete