Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Pagi tadi dipermudahkan urusan Sha bawa encik suami untuk temujanji rutin beliau.. Selalu tu memang Sha pastikan datang ikut masa dekat kad temujanji tapi hari tu ada staf hospital cakap boleh datang awal, tak payah ikut masa dalam kad temujanji tu.. Masa tu sebagai penanda je.. Makanya pagi tadi pukul 7.15 pagi Sha dah sampai dekat kaunter nombor.. Alhamdulillah, memang cepat urusannya.. Encik suami dapat no 5 untuk jumpa doktor.. Kalau sebelum ini makan masa separuh hari, hari ini belum pukul 10 pagi dah selesai..
Review doktor mengenai keputusan darah encik suami pun okay.. Doktor kekalkan pemakanan ubat macam sebelum ini sebab bacaan untuk keputusan darah bagi gula, tekanan darah dan kolestrol tak ada kenaikan.. Bacaan kolestrol turun dari sebelum ini tapi ada peningkatan untuk kolestrol jahat.. Doktor minta encik suami pantau pemakanan sahaja dulu..
6 bulan lagi kita jumpa balik doktor..
Rehat dulu sebelum ambil bacaan tekanan darah..
Stok ubat untuk 2 bulan..
Semoga suami Sha sihat2 selalu. Sweet nya encik suami lentok kat bahu isteri tu 🤭
ReplyDeleteSemoga dalam jangka masa 6 bulan, suami kakak semakin baik dan ada penurunan untuk kolesterol jahatnya yaa 🤗
ReplyDeleteSehat"selalu
ReplyDelete