Tuesday, August 29, 2023

Temujanji Tampal Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa Imani untuk temujanji tampal gigi dan susulan dari Coretan 02 Ogos 2023.. Kali ini untuk tampal gigi dan juga buat perbincangan mengenai pembedahan buang gigi.. Kebetulan sebelum jumpa semalam, Sha dah jumpa dengan Ketua doktor gigi ini terlebih dahulu.. Doktor dah maklumkan apa yang perlu dibuat.. Jadinya Sha dan encik suami dah pun berbincang untuk lakukan operasi pembedahan dimana dua gigi taring susu dibuang serentak dengan gigi tambahan yang ada di hidung Imani.. Jadinya semalam, doktor terima keputusan kami dan buat surat rujukan untuk bertemu Pakar ENT terlebih dahulu untuk melihat kedudukan gigi tambahan tu dengan lebih tepat.. Temujanjinya minggu hadapan.. Bulan ini berturut-turutlah Imani ke hospital..

Semalam juga berjaya pujuk dia untuk tampal kedua-dua gigi serentak.. Doktor muda yang melakukan tampalan tu pun sangat baik dan sabar melayan kerenah Imani.. Boleh pula masa tengah buat tampalan, Imani minta berhenti sebab nak ke toilet.. Tergelak doktor tu dengan keletah Imani..

Budak manja.. Alhamdulillah dipermudah semua urusan kami semalam..

5 comments:

  1. cakap pasal klinik gigi ni seram betul

    ReplyDelete
  2. Saya pun bercadang nak bawak anak2 pergi klinik gigi cuti ni sebab dah lama tak pergi jumpa doktor gigi huhu. Dengan saya sekali la kot kena buat appointment.

    Kenapa kena buang gigi taring susu Imani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi taring kekal dia dah nak keluar tapi tak ada ruang dan dah lari ke tempat lain.. huhuhu..

      Delete
  3. Alhamdulillah selesai dah tampal ye? Syukur. Acik tak pernah tampal seumur hidup. Kalau anak tampal sebu rasa perut sebab ngilu

    ReplyDelete
  4. mmg takut betul nk jumpa doktor gigi masa usia imani. alhamdulillah selesai

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com