Assalamualaikum..
Hye semua..
Dua pokok ini Sha dapat dari pengasuh anak Sha dan memang kesukaan Sha sebab dia berduri.. Lama dah sebenarnya nak pindahkan ke tanah tapi asyiklah lupa.. Semalam tengahari buat juga.. Di bawah terik mentari, akhirnya kedua-dua pokok ini selamat di tanam atas tanah.. Sha letak dalam gelung tayar dan pengadang batu untuk elakkan dari terkena mesin rumput.. Demi keselamatan pokok, kita buatlah pengadang.. Gitu.. Lagipun pokok-pokok ini mudah sangat nak jaga.. Janji jangan terlalu banyak air.. Kedua-dua pokok bunga ini jenis berduri sebab tu Sha suka..
Pokok kunyit yang tumbuh dengan jayanya selepas pokok-pokok lalang berjaya dimatikan.. kikiki.. Kami tindih dengan alas getah atas lalang tu..
Update: Pokok ini usia dia 2 tahun 25 hari.. Boleh tengok di entry bertajuk Tanam Pokok Kunyit ini..
Sehingga ada bungalah.. Pertama kali Sha nampak pokok kunyit ini berbunga..
Ini pula cubaan menanam pokok bunga raya putih.. Kata orang tua, daunnya elok untuk jerlum anak yang demam..
Belum pernah lagi pokok kunyit kita berbunga huhuu.. org kata bunga kunyit tu boleh buat ulam betul ke?
ReplyDeleteTu la.. Ramai yang bagi tahu Sha bunga tu boleh buat ulam dna juga dimasak.. Tapi Sha tak ambil pun.. Sha biar je dekat pokok..
DeletePokok berduri tu namanya pokok mahkota duri
ReplyDeleteTerima kasih wak..
Deletepokok kunyit pun berbunga yer? wah..nak tunggu la mana tau pokok kunyit MA pun ada bunga ke..
ReplyDeleteTu lah.. Sha pun baru tahu..
Deletedah banyak kali dana tanam kunyit tapi lum pernah nampak berbunga tau .... apala nasib hehehhe
ReplyDeleteIni pun makan tahun ini Dana baru berbunga.. Lama juga tanam pokok ini..
Deletetangan sha memang menjadi! subur kunyit tu!
ReplyDeletebestnya ada padang besar depan rumah sha
ReplyDelete