Saturday, January 15, 2022

Cremo Crunchy Dip Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli aiskrim ini sebab nampak perkataan Coffee tu.. Semua yang ada kena mengena dengan kopi, mesti nak cuba.. Mujurlah rasa dia sedap.. hehehe.. Aiskrim dia rasa kopi dan disaluti coklat gelap dan kekacang.. Coklat dia memang tebal dan banyak gila kacang dia.. Puas hatilah.. Harga pun okaylah.. Tapi tak semua kedai ada jual.. Inipun Sha terjumpa di kedai comel.. hehehe..

RM2

Tengok limpahan kekacang pada coklat tu.. Puas hatikan..

Nestle Bear Brand Ready To Drink Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab tin dia comel.. Hehehe.. Rasa dia sama je macam susu dalam kotak.. 

RM5

Friday, January 14, 2022

Novel | Dosa oleh Nuril Basri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membuatkan Sha sukar untuk membaca kerana lenggok bahasa Indonesia itu masih ada walaupun sudah dialih bahasa. Dari satu bab ke satu bab, kena belek helaian hadapan untuk mengetahui maksud perkataan yang Sha tak tahu..

4 watak utama yang diperkenalkan pada pembaca sangat berbeza tapi saling berkait.. Paris yang tidak mahu jadi Pondan tapi perempuan.. Yusuf teman sebilik yang lembut, terpaksa tinggal di pondok dan mahu mencari hidup baru.. Oskar yang mahukan kekuatan bela diri dan tidak lut senjata.. Ricky yang terpaksa tinggal di pondok akibat kemiskinan keluarga.. Babak paling menarik dalam novel ini ialah pencarian sekolah pondok yang dilakukan Ricky, walhal dirinya itu masih muda..

Mereka sebenarnya tahu malah tersangat sedar, bahawa apa yang mereka buat itu salah dan berdosa.. Mereka merupakan pelajar sekolah pondok, belajar tentang agama.. Tapi kerana mahukan duit, mereka pejamkan mata tentang dosa itu. Yang mereka mahu ingin berdikari mencari duit dan merasakan kebebasan.. Penamat yang disajikan agak tergantung pada Sha

Sha baca dan selesai pada 14.01.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 27th 2012 by Buku Fixi

Crispy Chocolatey Rice Cereal Crunchy Spread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Crispy pun dah ada spread.. Sedap rasa dia.. Mewah dengan coklat dan ada ketulan beras.. Bila gigit je meletup-letup.. hehehe.. Tak manis sangat bila sapu dekat roti..

Crispy Chocolatey Rice Cereal Crunchy Spread (200g) - RM8.90

Nampak tak yang bulat-bulat tu.. Tulah bertih beras.. Sedap owh..

ebook | Tragedi oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amaran untuk anda.. Buku ini sangat gelap dan penuh tragedi.. Kena kuat semangat dan bersedia untuk menangis.. Serius lah, Sha nangis gila-gila kot lepas baca buku ini.. Sedih sangat.. Sambil menaip entry ini pun meleleh-leleh air mata Sha.. huhuhuhu.. Novel ini konsep dia dark thriller dan bermain dengan emosi..

Kisah tiga manusia yang melalui tragedi kehilangan dan kematian.. Tragedi yang menemukan mereka dalam keadaan yang tak disangka.. Ghaffar kehilangan anaknya Insyirah yang dirogol dan dibunuh.. Hasya pula hanya ada 6 bulan sahaja untuk hidup.. Ruhilah pula kematian anaknya akibat kemalangan yang tak disengajakan.. Penerimaan mereka terhadap tragedi yang berlaku sangat berbeza..

Hasya berusaha memahami hakikat kematian dan kerana ini Hasya bertemu dengan Ghaffar yang berusaha ingin mencari pembunuh anaknya.. Mereka berkenalan dan merancang satu kejadian untuk memerangkap pembunuh tersebut.. Sha memang tak sangkalah bila pembunuh tu didedahkan.. Geram rasanya.. Sekurang-kurangnya penulis berjaya memberikan pembalasan yang sepatutnya pada pesalah dalam buku dia.. Ditangkap dan dihukum..

Sha baca pada 06.01.2022 dan selesai pada 13.01.2022.. 

Sha beli dan baca diaplikasi Google Play Books..
Published August 8th 2021 by Buku Fixi

Thursday, January 13, 2022

Pembelian Pre loved Novel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2022 membuka tirai berkaitan novel dengan pembelian pertama ini.. Sha terjumpa pos penjual di Group Peminat Novel Seram/Thriller/Horror/Mystery di Facebook.. Mula tu macam tak nak beli.. Tapikan entah kenapa, tangan tu gatal je gi klik satu persatu gambar yang beliau kongsikan.. Paling Sha suka bila Sha beli pada hari Isnin, penjual hantar pada hari Selasa dan buku selamat sampai ke tangan Sha pada hari Rabu.. Cepat pula J&T buat kerja.. 

Pos beliau di FB..

Inilah buku pilihan Sha..
1. Susuk Setan oleh Ilya Abdullah
2. Rumah Angker oleh Rhea, Syasya de Luna, Nurharyati Ishak, Eb Reeza, Lyla
3. Bila Lampu Padam oleh Zaifuzaman Ahmad
4. Kokang oleh Zaifuzaman Ahmad
5. Igauan Maut oleh Ramlee Awang Murshid

Empat buah buku ini dah siap berbalut.. Balutan plastiknya pun kemas..

Yang satu ini belum berbalut.. Nanti kita balut sebelum mula membaca..

Crispy Malt Ball Popz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedapnya coklat ini.. Biskut bersalut coklat, memang leka mengunyah dia.. Sambil buat kerja letak sebungkus di tepi.. Tahu-tahu je dah habis.. Hehehe.. Biskut dia tu rangup dan rapuh memang layanlah bila mengunyah..

Crispy Malt Ball Popz (100g) - RM5.40

Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah joint Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah ini.. Syarat pun mudah je..

Due Date: Akhir Bulan Januari

Shopee | Wall Fixed Mount Holder Mobile Phone Charging Stand Lazy Hanging

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum inikan Sha ada kongsi pasal telefon Nokia 105 kan.. Disebabkan telefon ini comel maka berusahalah Sha mencari tempat letak telefon dan rezeki Sha jumpa yang datang sekali dengan pelekat.. Pelekat dia pula kuat wei.. Kalau salah lekat, senget ke, memang tak boleh betulkan dah.. Jadinya lepas bubuh pelekat dia, pastikan lekat elok-elok.. Kalau tak kena reda jelah.. hahaha.. Sha beli warna hitam.. Beli extra untuk letak dekat pejabat sekali.. hehehe.. 

RM1.90 je satu.. Yang warna putih tu pelekat dia.. Double side tape..

Setelah dilekat, eloklah telefon tu disitu.. Kebarangkalian untuk hilang menjadi kurang.. hehehe.. Nak charging pun senang sebab ada lubang tu.. Sha lekat ini dekat dengan punca elektrik..

Wednesday, January 12, 2022

Filem Melayu | Rumah Madu Ku Berhantu (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Firstly.. Cerita ini sangatlah tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Banyak sangat lawak kotor dan double meaning.. Kalau tak ada lawak lucah tu, rasanya filem ini akan jadi lebih menarik.. Adegan seram dia okaylah, berjaya memberi kejutan pada Sha..

Kisahnya si suami yang terlafaz talak tiga dan kemudiannya cuba cari lelaki lain untuk kahwin dengan bekas isteri dia sekejap je.. Supaya nanti mereka bercerai dan rujuk semula.. Lelaki yangdicari sudahpun beristeri tapi terima sebab nak langsai hutang.. Belum sempat buat apa-apa bekas suami meninggal.. Suami baru tak sampai hati maka bermulalah kepeningan antara mereka.. Rumah isteri pertama nak kena pergi, rumah isteri kedua pun nak kena kunjung.. dalam masa yang sama rumah isteri kedua banyak babak pelik berlaku.. Gangguan demi gangguan.. 

Crispy Special Edition Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Crispy keluar edisi istimewa guys.. Kali ini bergabung dengan mentega kacang.. Pada Sha yang minat mentega kacang, rasanya tak keterlaluan dan tak manis sangat.. paling best bila buka pek, semerbak bau mentega kacang.. memang ngamlah rasa dia.. Layan mengunyahnya..

Crispy Peanut Butter (13's) - RM6
Ada 13pcs..

Sedap wei..

Giveaway bernilai RM500 untuk follower ( and subscriber)!!! . Penginapan percuma kat airbnb condo KL KLCC view !!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom wei.. Jom joint Giveaway gempak ini.. Mana tahu rezeki korang..
Syarat dia pun senang je.. Follow blog, follow youtube channel, buat entry dan tinggalkan komen..

Tarikh tutup: 28 February 2022.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com