Hye semua..
Sha kongsikan resepi kek kesukaan Sha..
Resepi ini Sha dapat dari husband adik Sha..
Sha pernah buat jualan, dan laku tau..
Dari resepi ini juga sha try and error untuk resepi lain..
Resepi Kek Coklat kukus
Bahan A
` 100gm serbuk koko
` 220gm gula kastor
` 1 tin susu cair
` 200gm minyak jagung or mazola
` 250gm susu pekat manis (FN)
Kesemua bahan A dicampur dan dikacau rata di dalam periuk. Kemudian jerang atas api dan dikacau sehingga gula kastor halus dan bahan sebati. setelah sebati tutup api.
Kemudian pukul telur 4 biji. Setelah kembang masukkan dalam adunan tadi dan kacau sebati.
Bahan B
` 150gm tepung halus (Superfine)
` 1 sudu kecik soda bikarbonat
` 1 sudu kecik baking powder
` 1 sudu makan coklat emalco @ serbuk koko
Bahan B digaul sebati kemudian campurkan ke dalam adunan bahan A tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus selama sejam. Setelah adunan masak ketepikan.
PilihanToping Kek
Coklat
` 400gm Coklat masakkan
` 200ml Whipping cream
` 1 sudu besar butter / marjerin
Masak coklat dan whipping cream atas api. kemudian masukkan butter. kacau sehingga sebati. setelah semua bahan sebati dan coklat cair.. curahkan di atas kek.
coklat ni masak guna kukus.. jangan direct terus atas api..
Krim Cheese
250g cheese
500g UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis atau ikut kemanisan yang anda suka
- Satukan cheese dan susu pekat dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan uht whipping cream dan putar sehingga kental sahaja.
- Jangan pukul lama sangat nanti uht whipping cream cair balik kalau terlebih pukul.
Selalu Sha kukus terus dalam bekas yang boleh masuk oven ini..
Senang nak simpan dalam peti sejuk dan makan..
Buat birthday kek anak pun okay tau..
Ini Sha pakai Cheese sebagai toping dia..
Bolehlah nak makan sendiri...
sedapnya! pagi pagi dah nampak kek haha tq share resepi :*
ReplyDeletesemuaaa sedap 😀😀😀
ReplyDeleteNampak sedap tapi bukan penggemar coklat sangat...hihi
ReplyDeletenampak sedap..MV tak lepas lagi bab topping2 ni
ReplyDelete