hye semua..
Walaupun hanya satu buku, Sha tetap share..
Bukan apa, seronok okay..
Penulis ini Sha kenal secara tak sengaja..
Ada ternampak post mengenai novel baru beliau bertajuk Lelaki Neraka dan Sha tersuka..
Baca sinopsis dan cover novel itu memang ohsem..
Terbitan KarnaDya..
Karya beliau:
- Lelaki Neraka
Atas permintaa ramai, Sha bubuh sinopsis Lelaki Neraka di sini..
Sinopsis : Iskandar yang baru sahaja bekerja di sebuah hotel mengalami gangguan pelik sehingga dia dituduh membawa sial. Kehilangan pekerja sehingga kepada kes kematian amat sukar untuk dirungkai seperti satu rantaian yang telah dirancang dengan teliti.
Malik, seorang pemuda yang hidup sebatang kara menyara hidupnya sendiri dengan satu aktiviti yang di luar jangkaan fikiran waras manusia. Ilmu hitam seperti satu permainan bagi dirinya. Kekejaman tetap akan berlaku setiap hari selagi dia masih hidup.“Semua ni sebab kau punya sial!” – Alya
“Iskandar, percayakan Allah dan percayakan saya. Cuba tenangkan diri dan insyallah semuanya akan baik-baik.” – Yusuf
“Hari-hari memang kaya aku kalau daging tu laku.” – Malik
Yang pasti, dalang di sebalik semua kejadian amat hampir seperti musuh dalam selimut. Si pelaku bijak menyembunyikan sifat yang sebenar. Berjayakah Iskandar merungkai misteri kejadian aneh itu? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal itu? Semua misteri dan persoalan bakal terjawab di dalam Lelaki Neraka ini.
alahai xde sinopsis ke nak share hihih
ReplyDeleteDah bubuh dah kak el.. Jemput baca ye..
DeleteWah mcm menarik buku ni. Ala sha mana sinopsis. Br nk baca. Hehe
ReplyDeleteKikiki.. Sha da bubuh da ana..
DeleteWahh baca sinopsis pun dah best.. kene beli jugak ni.. bajet bulan depan la..
ReplyDeleteKan.. Sha memang fall in love lepas baca tajuk dengan sinopsis..
Deletecover dia menakutkan, sinopsis pun sama. tak berani Hana nak baca
ReplyDelete