Thursday, September 14, 2017

Perkongsian Ilmu (Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar perkongsian bersama..
Kalau ada yang salah, boleh taip di ruangan komen ye..

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari
Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Pembetulan : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Keterangan :
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Pembetulan : MELEPASKAN BATOK DI TANGGA

Keterangan :
Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

'Melepaskan batok di tangga' bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. MATA KERANJANG

Pembetulan : MATA KE RANJANG

Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. MERAH PADAM

Pembetulan : MERAH PADMA

Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. MENJOLOK MATA

Pembetulan : MENCOLOK MATA

Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. SALING TAK TUMPAH

Pembetulan : SALIN TAK TUMPAH

Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

6 comments:

  1. owh baru taw ada kesalahan simpulan bahasa rupanya

    ReplyDelete
  2. Sekarang baru logik kan peribahasa tu

    sebelum ni menghairankan juga

    ReplyDelete
  3. hihi peribahasa tue yang selalu kita salah sebut dan eja

    ReplyDelete
  4. Dua tahun lepas, library saya ada buat pertandingan simpulan bahasa nie, dan ramai jugak yang salah anggap, contohnya harapkan pegar, pegar makan padi..

    ReplyDelete
  5. kita tau yg no 1 tu je, rupanya ada lg simpulan yg salah.
    nice sharing kak sha :)

    ReplyDelete
  6. aduhai.
    baru la nampak rasional nyer, sha.
    kena diperbetulkan, kan.
    iyer la. zaman dedolu diorang x salin benda ni semua.
    tu yg mungkin bila generasi ke generasi, benda tu berubah bahasa & ejaan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com