Friday, September 10, 2021

Drama Melayu | Melastik Ke Hatimu (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula macam tak berapa menarik tapi bila cuba tengok, eh.. Kelakar pula tengok si Ziyad dengan Haura ini.. Hahaha.. Haura yang perangai acah-acah gangster lepas tu si Ziyad yang mithali dan cool je.. hehehe.. Menariklah drama ini.. Ada pengajaran, kelakar dan juga ditunjukkan tanggungjawab seorang anak serta menantu.. Memang bukan sekadar hiburan.. Nak kata macam cliche pun tak juga.. Cuma cliche sebab diadaptasi dari novel je lah..

Jalan ceritanya pula pada Sha not bad lah.. Tambah bila dia amik Andi Bernadee sebagai pelakon utama.. Comel.. Hahaha.. Kisah si Haura yang acah-acah gangster terpaksa berkahwin dengan bos dia iaitu Ziyad bila teman lelakinya tak datang masa majlis pertunangan mereka.. Mula-mula memang Haura tolak bos dia tapi bila dah berkahwin, duduk serumah dan Ziyad pun layan dia baik je.. Mestilah cinta berputik kan.. hehehe..Konflik dalam drama ini berkisarkan tentang hubungan Haura dengan mak dia yang mata duitan dan selalu ketepikan Haura serta kakak dia sebab mereka belajar tak tinggi.. Lepas tu Haura juga kena terima anak Ziyad dengan bekas istei dia sebelum ini.. Kira okaylah jalan cerita dia..

Penerbit eksekutif: Norshahila Harun Shah
Penerbit: Dato Sri Jaspal S. Korotana
Syarikat penerbitan: OrangeTree Production
Genre: Drama | Konflik | Keluarga
Adaptasi Novel: Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee
Pengarah: Azmi Hatta
Dibintangi oleh: Janna Nick | Andi Bernadee
Lagu pembukaan: "Pencinta Setiamu" oleh Usop
Lagu penutup: "Pencinta Setiamu" oleh Usop
Bilangan episod: 13
Mengisahkan Haura Annisa, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim Johari tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad Nazhan, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang sering tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Akhirnya mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula cuba mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim seorang. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah telah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

4 comments:

  1. dulu masa tengah tayang, selalu jugak drama ni trending. Kalau ada masa nak tengok lah nanti

    ReplyDelete
  2. Dulu tengok tapi ada juga yang skip. Menarik juga jalan ceritanya. Santai..

    ReplyDelete
  3. Layan juga drama ni masa tengah tayang dulu :)

    ReplyDelete
  4. Rasanya tengok 1 ep je kot. Sebab rasa mcm tak beminat nak habiskan hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com