Saturday, September 11, 2021

KFC: 3-pc Extra Hot & Spicy Combo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha berjaya cuba Ayam pedas KFC ini bila KFC bagi voucher RM15 untuk pembelian secara ambil sendiri menggunakan aplikasi KFC.. Tapi kena buat pembelian RM30 baru dapat guna voucher tu.. Jadinya Sha beli kombo 3 pcs ini dan tambah Cheezy Wedges dengan Cheezy Popcorn Bowl.. Kalau ikutkan Sha kena bayar RM16.95 tapi sebab bayar guna Shopee pay dapat lagi diskaun RM3, jadinya Sha cuma bayar RM13.95.. Bila ada diskaun semua ini, barulah boleh nak membeli di KFC.. Kalau tak memang kena tunggu gajilah..

Kombo ini mengandungi:-
3-pc Extra Hot & Spicy
1 Whipped Potato (R)
1 Coleslaw (R)
1 Nestle Lemonade (R) - takde dalam gambar

3-pc Extra Hot & Spicy - merah kemain warnanya.. Tapi dari segi rasa, pada Sha sedap lagi ayam KFC yang sedia ada.. Ini rasa di tekak Sha tau.. Kepedasan ayam ini biasa je dan tak adalah menyengat macam yang digambarkan dalam video iklan mereka.. 

Dapat voucher ini dalam aplikasi KFC dekat bahagian Self Collect..

11 comments:

  1. Yang baru ni kan? Belum cuba lagi yang extra hot n spicy ni..
    Selalu beli yang hot n spicy. Tp spicy dia ok la. Kalau texas chicken sekarang ayam spicy dia memang berasap telinga rasanya.. Dulu tak pedas berapi macam sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan pedas bebenor macam ayam McD tu. Thanks share

    ReplyDelete
  3. Tak cuba lagi ayam KFC yang ni. Ramai yang cakap tak pedas sangat ayam tu.

    ReplyDelete
  4. Belum cuba lagi KFC Spicy ni. Untung tu guna voucher. Bayar sikit je.

    ReplyDelete
  5. Wah, berbaloi tu bayar RM13.++ je!
    Akak pun secara peribadi suka ayam kfc yang sedia ada (Ori dan Hot & Spicy). Selalu flavour baru yang KFC perkenalkan macam jadi tak jadi je...

    ReplyDelete
  6. Wah, in sya Allah KFC juga ni nanti nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Wah! Rasa nk makan KFC plak! Hehe

    ReplyDelete
  8. Belum cuba lagi KFC yang ini. Tapi nampak sedaplah pulak.

    ReplyDelete
  9. baru lepas mkn tadi utk dinner sha..
    Tgk rupanya mcm ayam mcd spicy tu kan..tp xpedas ^_^

    ReplyDelete
  10. wah nampak iklan dia tapi belum cuba lagi. Jangan sampai pedas macam MCd lah sampai nak kuar asap dari tinge

    ReplyDelete
  11. Sama lah. Dah makan. Tapi macam mehhh hahaha. Yang terkejut tu kotak ayam tu tak expect langsung. Macam kotak jual ayam yang dkt tepi2 jalan tu je. Kfc dah hbis stok kotak ayam ke?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »