Friday, February 5, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #7 - Menu Ringkas Semasa Berpantang

Assalamualaikum...
Sekadar berkongsi..
Bolehlah dijadikan panduan pada suami ..
menu yang ringkas dan mudah disediakan..

Isteri yang sedang berpantang akan rasa bahagia kalau suami boleh menjaganya dan lebih seronok boleh juga masakkan makanan berpantang. Terasa diri begitu disayangi apabila dapat dimanjakan oleh suami tersayang. Yang bergelar suami pula jangan pula pening kepala memikirkan macam mana hendak masak. Maklumlah selama ini tak pernah pula pegang sudip dan kuali.

Jangan bimbang walaupun anda tak pernah masuk dapur sejak kecil lagi. Resipi masakan untuk ibu berpantang sangat mudah. Bagi si isteri, apa yang penting perhatian dan kasih sayang si suami yang lebih dihargai. Lagipun masakan ibu berpantang tak perlu banyak rasa yang sedap.

Menu-menu dibawah ini hanyalah cadangan.. Boleh juga google untuk menu-menu yang lain..
Kena rajinlah ye..


Sambal Bilis Kunyit



Bahan-bahannya:

100 gm ikan bilis
3 sm kunyit tua dikisar halus
3 sm lempoyang dikisar halus
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis


Cara menyediakannya:

1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.


Daging Lada Hitam



Bahan-bahannya:

250 gram daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak masak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin


Cara menyediakannya:

1. Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.
2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging, kicap manis dan kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika.
4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5. Taburkan lada hitam dan siap dihidang.


Bawal Kukus Berhalia



Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal (bersaiz besar)dilumur sedikit garam
150 ml air
2 sudu makan jus limau nipis
3 ulas bawang putih diracik halus
2 sm halia diracik halus
1 biji bawang besar dihiris
1 tangkai daun ketumbar dihiris
10 biji kurma merah
2 sudu makan minyak
2 sudu kecil sos ikan
Garam secukup rasa


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, jus limau, bawang merah, kurma merah dan sos ikan, biarkan mendidih.
3. Masukkan bawal, taburkan sedikit gula dan tutup kuali supaya naik wap. Kecilkan api. Biarkan seketika sehingga bawal masak dan mesra dengan ramuan.
4. Hidang bersama daun salad.


Sawi Putih Tumis Air


Bahan-bahannya:

20 gram ikan bilis
2 sm halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 tangkai sawi putih dipotong (boleh juga digantikan dengan Sawi Bunga)
Garam secukup rasa
½ cawan air


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, ikan bilis dan sawi. Biarkan mendidih sebentar.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Siap dihidang.


Menu diperolehi di SINI.

2 comments:

  1. Good sharing..... lepas ni xdelah blur nk fikir nk mkn apa dlm pantang kan... hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com