Shoplinks.Asia

Sunday, February 7, 2016

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA (SUPERB) 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) bagi tahun 2016 telah bermula.

Untuk makluman, Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Penyertaan dibuka kepada individu Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera (syarikat start-up/ permulaan) yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan poster yang mengandungi info lanjut mengenai SUPERB 2016.


Sehubungan itu, dipohon kerjasama untuk membuat hebahan mengenai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2016 untuk dipaparkan di Portal Rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi dan Media Sosial (FB, Twitter, Instagram) dan juga hebahan kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi Tuan/ Puan seperti berikut:

“Anda berpeluang untuk memenangi Dana sehingga RM500,000 bagi idea perniagaan anda!
Bagaimana? Tonton video SUPERB di https://www.youtube.com/watch?v=I0WDGKvMFwc dan ikuti langkah-langkah yang dikemukakan. Layari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk info lanjut."

‪#‎JomApplySUPERB
‪#‎SUPERBTERAJU
 ‪#‎SUPERB2016
#TERAJU.”

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Ahmad Azlan bin Ahmad Shah atau Encik Dzarul Farhan bin Dzahar di talian, 03-7839 8000 atau emel ke ahmad.azlan@teraju.gov.my / dzarul@teraju.gov.my.






Alamat
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000
F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my


Sekian. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI