Thursday, May 5, 2016

Kelibat : Hadirnya Tidak Diundang

Assalamualaikum..
Hai semua..

Novel ini hanya ada 189 muka surat..
Ada 14 Cerpen pendek.
Kesemuanya berkaitan dengan kelibat..

Meroyan oleh Syafeza Sauli
Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati. Perjanjian yang mengundang malapetaka bila tak tertunai. Yang menjadi mangsa, orang lain. Meroyan jadinya.

Siapa Tak Berteman? oleh Faten Anur
Setiap peristiwa ada sebabnya. Bila dikata tempat itu x elok mesti ada punca. Baiklah jangan di cari masalah. Nanti dijadikan teman, lagi payah.

Saka Tok Mat oleh Harith Hakeem
Bila orang lama membela saka, yang jadi mangsa anak cucu.. Kalau tiada iman didada memang boleh menyesatkan.

Hantu oleh Zafirdani
Alahai.. Kesian Yus.. Malang nasibnya.. Tapi, siapa ye perempuan itu? Adakah dia manusia atau hantu??

Lori Nombor 11 oleh Norhanisamila
Gangguan demi gangguan.. Hingga ke akhir Cerpen gangguan mendatang..

Gelang oleh Nurdilla Zaini
Gemercing gelang mengundang pendamping tanpa sedar.. Mujur ada yang kukuh Imannya, dapat menerima sidia disaat pendamping terus mengganggu..

Kabus Masa oleh Izzati Mukhali
Hanya kerana dengki dengan kelebihan yang dimiliki oleh Azam, Aiman sanggup menganiayanya.. Malangnya tiada tindakan yang boleh diambil ke atas Aiman. Nyawa Azam melayang..

Bukan Silapnya oleh Norzaymah Al-Rashid
Kerana saka yang perlu diperturunkan, insan yang tak berdosa menjadi mangsa.. Mujurlah ada yang sudi membantu..

HAH! Aku Sergah Kau Orang oleh Web Sutera
Kelakar pula bila baca dari sudut syaitan dan iblis.. Mengganggu manusia x kira masa.. Manusia leka pasti jadi mangsa..

Almari Tok Embah oleh Baharuddin Sairi
Maaflah.. Tak tau nak komen apa.. Mungkin saya yang x faham.. Tapi ceritanya tergantung.. Almari.. Kelibat tu fahamlah sikit 2..

Menuju Duniamu oleh Chua Pei Yong
Tiada punca.. Tau2 je dah ending..

Puteri Lembah Bujang oleh Azizon Othman
Nice.. Saka yang muncul disebabkan cuba melindung. Gangguan datang kerana menolak pinangan.. Masih ada lagi manusia yang tidak boleh menerima penolakkan.. 

Rahsia Riviera II oleh Qashdiera
Gangguan demi gangguan dari makhluk yang sentiasa mengganggu.. 
Hanya yang lemah menjadi mangsanya..

Aku Nampak oleh Mesbo
Diganggu oleh yang terbuang. Penampakkan kerana tidak bertuan.

Kesimpulannya, mereka sentiasa ada disekeliling kita. Berusaha menyesatkan sekiranya terleka. Maka kena selalu dekatkan diri dengan Allah.. Amalkan mengaji dan berzikir sepanjang masa supaya hidup sentiasa dalam lindungan Allah.

Tarikh baca 29.04.2016
Selesai baca pada 30.04.2016

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com