Saturday, June 24, 2017

Almond Crunchy

Assalamualaikum...
Hye semua..

Sempat lagi ini kalau nak buat kuih raya..
Meh Sha sharekan resepi yang ringkas dan mudah ini..
Resepi asal dari sini ye FB : Dari Dapur Seorang Amatur
Sekiranya ingin melihat penerangan yang lebih detail berserta gambar, boleh klik  link diatas.
Dibawah ini Sha sharekan resepi berserta kesilapan yang perlu dielakkan semasa membuat Almond Crunchy ini.

ALMOND CRUNCHY
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Bahan-bahannya:-
250g Tepung Florenta
250g Almond Cincang / keping
100g Pumpkin Seed
1 sudu teh Black sesame (bijan hitam)
Pizza cutter
Baking paper/parchmnt paper/silicone paper

Cara-cara membuatnya:-
1. Mula-mula alas kemas-kemas baking tray kita dengan Baking paper / parchment paper / silicone paper.
2. Satukan tepung florenta, almond dan pumpkin seed dalam satu bekas. Gaul bagi semua bahan-bahan serata.
3. Tuang atas baking tray... Ratakan dengan kemas. Dengan sukatan di atas, saya dapat 2 dulang saiz 10 x 15 inci.
4. Taburkan black sesame. (Bijan hitam).. x payah banyak2 sangat...
5. Bakar api atas dan bawah suhu 160°c selama 10 minit ikut karenah oven masing-masing. Guna api atas dan bawah.
6. Bila almond crunchy kita dah berwarna keemasan... Keluarkan dan SEGERA dipotong dengan menggunakan pizza cutter... (kalau xde pizza cutter, apa-apa cutter pun belasahlah asal boleh potong)
7. Lepas potong biarkan sejuk sekejap dalam 10 minit... almond crunchy kita ni akan mengeras dan rangup... Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan :
1. Kesilapan pertama adalah menggunakan kertas ALAS DULANG yg salah. Mesti guna Baking paper, parchment paper atau silicone paper... Jangan sesekali guna kertas minyak biasa atau kertas biasa, Nanti Almond Crunchy kita akan melekat pada kertas tu macam gam!
2. Jangan buat tebal-tebal... Nanti x sedap. Kalau nk Almond Crunchy kita lebih rangup, buat NIPIS-NIPIS je...
3. Kalau Almond Crunchy kita belum masak selepas 10 minit, tambah masa dan terus moniter sampai warnanya bertukar keemasan (golden brown)... JANGAN sesekali NAIKKAN SUHU... Nanti kekacang kita akan garing dan rasanya akan jadi pahit.
4. Perlu SEGERA DIPOTONG sebaik dikeluarkan dari oven. Proses perlu cepat sebab Almond Crunchy kita akan mulai mengeras seawal 30 saat selepas keluar oven... kalau dah terkeras susah pulak nak potong... Nannti dia akan mudah pecah (tapi kalau terkeras, boleh panaskn balik dalam oven selama 2 minit supaya florenta cair balik)
kiki emoticon
5. Jangan SALAH RATIO... Nanti x sedap dan muak makan... Ada berbagai-bagai ratio (nisbah) yang ada dalam resepi di google... Tapi nisbah 250:250:100 ni dah cukup ngam (maknanya 250 florenta : 250 almond : 100 pumpkin seed)... Nak beli bahan-bahan pun senang sebab memang dah ada packing dalam kuantiti tersebut.
6. Tepung Florenta yg lebih tu kena simpan dlm dlm BEKAS KEDAP udara yee... Supaya x masuk angin dan di simpan dlm peti sejuk. Kalau terdedah pada udara, Tepung Florenta akan beku.
Selamat mencuba... Jom share ramai-ramai yee...

 
Sumber gambar Google Image

3 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com