Sunday, June 4, 2017

Pembelian Online Bermasalah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar perkongsian dan info..
Kalau jadi dekat korang macam nie, apa yang korang boleh buat..
Sha memang selalu beli dengan Karangkraf Mall..
Dan akan terus membeli..

Pembelian kali ini bermasalah sikit..
Pembelian ini Sha buat masa PBAKL tapi online..
Selalu Sha beli dengan Karangkraf memang tak de masalah..
Bayangkan Sha beli pada 05.05.2017..
Tapi still takde maklum balas mengenai pembelian Sha..
Status masih on process dekat Akaun Karangkraff mall..
Kemudian pada 11.05.2017 camtu Sha mesej tanya..
Parcel katanya dah hantar dekat KTMD..
Sha call KTMD tapi KTMD kata tak ada..
Bila check dekat Karangkraff Mall, order Sha dah tak de..
Panik la kan.. Next week nya Sha mesej Karangkraff lagi tanya, kata dah pos (16.05.2017)..
Bila check dekat KTMD (track and Trace) tak ada juga..
19.05.2017 baru Sha dapat email dari Karangkraf Mall kata order sha dah dihantar..
Siap bagi no tracking yang sama.. Tapi still tak boleh track dekat KTMD..
Lepas tu start 11.05.2017 sampailah 19.05.2017 ini sha call KTMD tak dapat..
Sha call lagi sekali pada 23.05.2017 dan akhirnya berjaya..
Sha bagi no tracking, nama dan alamat untuk KTMD semak..
KTMD call balik dan maklumkan tiada parcel tu.. Sha calllah Karangkraf Mall dan tanya..
Mereka cakap parcel dah dihantar.. Sha explainlah Sha tak boleh track dan dah call KTMD (sebab orang karangkraf mall tu kata tracking KTMD memang problem) tapi parcel Sha tu memang tak ada..
Karangkraf amik nama, no fon dan no order Sha.. Dia nak check.. Nanti dia call balik..
Sha call Karangkraf pada 9.52pagi.. Karangkraf tak call Sha balik pun.. Geram tau menunggu..
Sudahnya hari Rabu (24.05.2017) sha mesej staf Karangkraf melalui Karangkraf Mall.. Lama jugalah menunggu untuk dia beri maklum balas dekat Sha.. Tapi ada maklum balas kira okaylah kan.. Daripada berjanji nak call semula tapi senyap je lepas tu.. Stress tau menunggu..
Mereka akan cuba selesaikan masalah Sha ini.. Jadinya Sha bagi tempohlah untuk mereka hubungi semula Sha setelah dapat penyelesaian.. Sha tunggu sampai 31.05.2017.. Seminggu..
Tapi tiada maklum balas, maka Sha buka page Karangkraf Mall dan rezeki Sha.. Orang yang jaga chat dekat Karangkraf Mall tu orang yang sama berurusan dengan Sha pada 24.05.2017 iaitu Encik Azan.. Alhamdulillah masalah Sha telah berjaya diselesaikan dengan cara Krangkraf Mall membuat penghantaran semula.. Tapi mereka masih lagi menggunakan KTMD.. Semoga perjalanan buku-buku Sha berakhir dengan baik..

Dah ada tracking nombor dah tapi tak boleh track..

Tengok dia tulis complete.. Sedih tau... Padahal tak sampai lagi..

Livechat tu yang dalam box merah tepi tu..
Tekan je chat sekarang..
Nanti dia suh masukkan nama dengan email..
Pastu dah boleh chat..

Guna KTMD inilah.. Tapi tak boleh track.. Sedih..

Ini livechat dengan Encik Azan pada 24.05.2017






Livechat yang terakhir pada 31.05.2017 dengan Encik Azan




Alhamdulillah.. Pada 02.06.2017 buku-buku Sha ini selamat sampai ke tangan Sha..
Terima kasih pada Encik Azan yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah Sha ini..

3 comments:

  1. perghhhh kritikal betul masalah ni.. Mintak dijauhkan masalah cmni.. Boleh meroyan oh..!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan meroyan lagi dah Lea.. Hahaha.. rasa cam nak nangis guling-guling..

      Delete
  2. syukur selesai dan barang yg dioder smpi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com