Monday, November 23, 2015

Apendiks dan Adhesion Colic

Assalamualaikum..

Semalam sha telah pun share mengenai apendiks kan. Hari ini sha nak share mengenai kesan selepas pembedahan apendiks. Tapi kesan ini tidak semestinya berlaku, bergantung pada proses pemulihan selepas pembedahan juga ye.

Sha masih mengalami simptom sakit perut yg sama seperti sakit apendik dua tahun lepas... Sakit yang berulang-ulang selang 10-15 minit di sebelah kanan, loya, cirit birit, tak selera makan dan tak boleh tegakkan badan... Perut rasa memulas-mulas.. Mungkin kah apendiks boleh ada lagi? Selalunya sakit ini akan terjadi sekali sekala. Pada mulanya sha abaikan sahaja. Kemudian bila penyakit nie makin kerap pula menyerang, maka sha dapatkan rawatan di klinik dan juga hospital. Siap amik injection pain killer lah.

Mengikut kata doktor, sha mengalami masalah usus melekat-lekat yang dinamakan adhesion colic. Kurangkan makanan berangin seperti kentang, ubi, keledek dan minuman bergas.

Selagi belum berada ditahap bahaya, maka tiada rawatan yang boleh dijalankan. Bahaya disini ialah sekiranya sha sudah tidak boleh buang air besar, melepaskan gas (Kentut) 

'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Dalam proses penyembuhan yang normal, parut dibentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau mencekik. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut.

Kebanyakkan kesakitan adhesion colic berlangsung tidak lama.. Namun adakalanya ia akan berlarutan agak lama sehingga menyebabkan pesakit lemah dan tidak berdaya. Sekiranya kesakitan berlarutan terlalu lama sila dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan..

20 comments:

  1. nice sharing.. semoga sha cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. Assalam sha,
    takuit pulop iols bila baca
    tapi alhamdulillah iols ni dah dekat 2thn operate appendix, setakat ni semua ok
    harap2 dijauhkan AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak Sha..
      Alhamdulillah.. semoa Kak Sha terus sihat.. Aamiin..

      Delete
    2. Sy pesakit baru adehison colic. Sy buat pembedahan apendix pada tahun 1998. Sengsara menanggung kesakitan ni. Sedang google cara penyelesaian

      Delete
    3. Sy pesakit baru adehison colic. Sy buat pembedahan apendix pada tahun 1998. Sengsara menanggung kesakitan ni. Sedang google cara penyelesaian

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Operation buang appendiks saya pada 2004.. 13 tahun yg lalu, tahun lepas 2016 saya mengalami ADHESION COLIC YG SANGAT TERUK. Sekarang Mac 2017 perkara sama berulang.. mmg sakit.. cuma bila dptkan rawatan di hospital hanya ubat tahan sakit dan ubat berkaitan masalah ini.. mungkin sbb appendiks saya pecah pd 2004 dan saya melalui 3 kali pembedahan sebab kesan sampingan menyebabkan serangan adhesion colic tu berulang... mmg sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..
      Sakit disebabkan Adhesion Colic memang ngeri..
      Saudara/i mungkin perlu cari punca kesakitan tu datang..
      Kadang-kadang dari pemakanan.. Kadang-kadang tanpa sebab..
      Saya doakan Saudara/i akan diberikan kekuatan melalui ujian kesakitan ini dan diberi kesembuhan..

      Delete
  4. saya pun ada adhesion colic lps operaion appendix .tahun lps (2017) 8 kali saya warded . tetapi masih sakit lagi di tempat appendix dulu selepas beberapa bulan saya buat laparoscopy unuk pisahkan usus melekat.3kali buat operation. sampai sekarang masih sakit :(. saya nk tanya kak sha adakah usus itu blh melekat semula . tiap2 bln saya saki msti warded.2017sya buat ujian ct scan,ultrasounds scan, x ray , klonoskopi .result ujian tu smua okay . tpi smpai sekrang (2018) masih sakit . pada pendapat kak sha .... usus saya blh melekat lagi ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko untuk usus tu melekat memang ada.. Kalau kritikal, memang doktor akan buat operation untuk pisagkan usus.. Macam akak, doktor suruh jaga pemakanan.. Kadang ada makanan yang perut tak boleh terima.. Memang kena elakkan..

      Delete
    2. Ouhh. Klau mcm kak sha sakit adhesion colic tu. Kak sha sakit bhgian kanan di tempat yg sama dgn appendix ka?

      Delete
    3. sakit adhesion colic ini tak semestinya di tempat appendix.. Sebab dia melibatkan usus..

      Delete
  5. Thank you kak sha . Saya baru mengalami adhesion colic ni .. saya pernah buat operation 18 tahun yg lepas . Masa tu saya baru 6 tahun and operation appendix dan hempedu . Seminggu saya sakit perut , saya assume gastrik . Rupanya doktor cakap bukan gastrik .. saya cuba amalkan makanan yg sihat sekarang . Kalau “dia” tiba tiba datang sampai bongkok saya dibuatnya dan sakit sampai ke pinggang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Owh.. lagi lama dari akak.. Memang sakit bila ia datang menyerang.. Kena jaga makan tau..

      Delete
  6. Assalamualaikum... saya juga dah 2 kali buat laparoscopy..first sbb ectopic pregnancy.. second feb 2017 sbb apendik.. sekarang saya sering rasa sakit ditempat pembedahan..bgtahu doctor, reaksi doc mcm saya x kritikal.. tp sakit ni boleh hilang dan dtg tiba2... sakit sgt2.. sampai ke pinggang dan peha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Kalau masih berlanjutan elok dapatkan rawatan.. Cuba ke klinik lain pula.. Sha pun dapatkan second dan third opinion..

      Delete
    2. Cuba share makanan apa yg sesuai dimkn utk pesakit mcm kita ni.,, mn tau boleh membantu.,,,

      Delete
    3. Kalau untuk Sha, memang Sha elakkan makanan berasid seperti buah-buahan yang masam, makanan yang pedas-pedas.. Perut memang tak tahan kalau makan makanan ini..

      Delete
  7. Assalamuaalikum kak sha saya ni dah buat operation appendix pada june 2016 so maksudnya dah hampir 3 tahun dah...lpas je saya byat oprate tu hampir 15 kali warded tapi tula doktor bgi ubat tahan sakit je..lpas je saya buat opeation haritu saya kerap sgt kene usus melekat ni dan sgt² sakit..ye la memandangkan saya ni sekolah lagi memang payah la hari² saya kadang²...kak sha ada tak suggestion apa² supplement yang boleh elakkan usus² melekat or kurangkan kemenjadian usus melekat ni��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Akak tak ada lah pula makan supplement apa..
      Cuma akak memang elakkan makanan berasid, masam2 dan juga pedas.. Ini antara makanan yang kalau akak makan memang boleh buatkan akak sakit perut..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com