Shoplinks.Asia

Wednesday, November 25, 2015

Mohon Bantuan Buat Adik Qiss Yang Comel Ini... JazakAllah!

Assalamualaikum..
Buat semua rakan-rakan yang ingin menyumbang...
Kepada yang ingin mengikuti perkembangan adik Qiss, bolehlah follow FB : Nabilaa Razuan
Kredit untuk Kedahnews.com
Secomel namanya, Dhiya Nur Qistina Kaisyah Akmal dahulunya sangat periang dan cerdik. Keletahnya anak kecil berusia hampir 2 tahun itu amat menambat hati bagi mereka yang mengenalinya.
Tapi itu dulu...
Kini, anak comel itu terlantar di katil hospital, menderita sejak lebih sebulan akibat sejenis penyakit kronik "hydrocephalus" yang menyebabkan kepalanya ditebuk di merata bahagian.
"Kepala Qiss dah ditebuk merata-rata", kata ibunya, Siti Nabilah Md Razuan, yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Difahamkan bahawa Dhiya Nir Qistina atau nama mesranya, Qiss, mulanya menghidap demam selama hampir sebulan dan sejak itulah anak kecil itu tidak terdaya lagi untuk berjalan atau berlari riang sebagaimana dulu.
Susulan dari keadaan itu, keadaan Qiss bertambah buruk apabila dia mula muntah-muntah sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
Setelah diperiksa, doktor yang merawat Qiss mendapati bahawa anak kecil itu mengalami ketumbuhan yang berbentuk cecair yang terkumpul di dalam kepalanya, namun tidak terlalu serius.
Sehingga kini, Qiss masih lagi terlantar di katil wad Hospital Sultanah Bahiyah ditemani ibunya yang tidak putus-putus mendoakan agar anaknya dikembalikan kesihatan seperti sedia kala.
Namun hati ibu mana yang mampu melihat anaknya terlantar derita tanpa sebarang perkembangan positif yang menunjukkan penyakit anaknya itu akan sembuh serta sihat seperti sedia kala.
Perkembangan terkini, ibu Qiss memaklumkan kepada Kedahnews.com bahawa adik comel kita ini akan menjalani satu lagi operasi pembedahan bagi tujuan membuang cecair yang yang terkumpul di bahagian kepala anaknya.
Pun begitu, Nabilah turut meluahkan rasa bimbangnya terhadap kos operasi pembedahan tersebut yang mungkin tidak mampu dibiayai.
Kerinduan pada tawa riang dan melihat anaknya kembali normal seperti anak-anak lain menyebabkan Nabilah nekad merayu dari rakan taulan dan pihak-pihak yang bersimpati pada derita adik Qiss untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.
"Kat sini, Eyla dengan rendah diri mintak tolong kawan-kawan dalam ni. Walau seringgit dah bermakna buat Qiss," rayu Nabilah yang merupakan suri rumah sepenuh masa itu.
Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh warganegara Malaysia, khususnya anak Kedah yang prihatin dan bersimpati dengan Dhiya Nur Qistina Kaisyah agar beramai-ramai menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buatnya.
Selain doa yang tulus mendoakan kesihatan Qiss kembali pulih, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan masing-masin ke akaun peribadi ibunya, 1521 7021 6864 - Maybank, di atas nama Siti Nabilah Md Razuan.
Semoga adik Qistina segera sembuh dan dipermudahkan menjalani rawatan pembedahan nanti. Segala sumbangan dari orang ramai amat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. -Kedahnews.com

13 comments:

  1. ya Allah semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Comelnya.. semoga adik kecil ini diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusannya...

    ReplyDelete
  3. Semoga usaha membantu adik Qiss dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. Allah...Allah...Allah
    semoga anak ini cepat sembuh AMIN

    P/s : sha mohon nak share dlm blog iols yer

    ReplyDelete
  5. Ya Allah berat dugaan.. mudahkan Ya Allah..
    beri kesembuhan..

    ReplyDelete
  6. Allahhhh..semoga dipermudahkan urusan ahli keluarga nye dan cepat sembuh amin

    ReplyDelete
  7. comelnya adik ini....tapi kecil-kecil dah terima ujian...semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang baik dan bermanfaat kak shahida

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sembuh..ibubapanya kena tabah ..hadapi ujianNya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI