Wednesday, November 4, 2015

Raudhah oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Sebelum ini ada saya bagi tahu mengenai Tempahan Novel Raudhah ini.
Sudah agak lama juga Novel ini sampai tapi belum berkesempatan untuk saya baca.
Novel karya RAM ini memerlukan konsentrasi sebab itu saya memilih waktu yang benar-benar senggang sebelum membacanya.

Demi sebuah cinta... Biarlah ia membara
Raudhah karya Ramlee Awang Murshid ini merupakan novel thriller yang kritis..
Permulaan novel ini agak mengujakan..

Ini kisah perjalananku.
Mencari Raudhah,
Yang tak pernah kukenali,
Yang tak pernah kucintai...

Memaparkan kisah mengenai seorang pembunuh upahan yang bergerak sendiri dan mempunyai cara yang unik dalam membunuh. Signature yang sangat awesome.
Kemudian, jantung si pembunuh terhenti selama 3 minit. Sepatutnya si pembunuh sudahpun mati tapi terus hidup. Maka bermulalah kisah mencari Raudhah. Pertemuan kembali dengan seorang sahabat mendekatkan diri si pembunuh kepada perubahan. Dalam mencari Raudhah, muncul pula cinta tanpa diduga. Semuanya mula menjadi keliru kerana yang dicinta sudah menjadi milik si sahabat yang membantu.
Berjayakah Raudhah dicapai??
Suspen, pembunuhan demi pembunuhan, pembohongan dan kekejaman silih berganti. Mengundang debaran yang menggila di jiwa yang membaca.
Semoga novel RAM ini mampu memberi pengajaran dan juga sedikit getaran dihati kita. Kadang-kadang teguran datang dalam berbagai bentuk..

Cinta itu merupakan kurniaan Ilahi.
Justeru.. kita wajib mencintai Allah, melebihi cinta kita pada yang lain.
Selepas itu barulah kita mencintai seseorang kerana Allah.
Demikianlah cinta.

Raudhah : Ramlee Awang Murshid

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com