Hitman & Hitman : Agent 47 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, November 6, 2015

Hitman & Hitman : Agent 47

Assalamualaikum..
Hari ini sha nak review dua filem sekaligus.. Kedua-duanya filem aksi yang sangat awesome.. Trademark kedua-dua filem ini, pelakon lelakinya botak. Hehehe.. tu yang membuatkan filem ini lagi awesome. Jalan cerita kedua-duanya berbeza walaupun yang tahun 2015 reboot untuk filem tahun 2007. Cuma watak utama masih lagi Agent 47 cuma dilakonkan oleh dua pelakon yang berbeza. Karisma kedua-duanya memnag menyerlah. Pergerakan tubuh dan cara mereka berlawan memang awesome.. Thums up untuk kedua-duanya. My bintang haruslah 4.5/5 untuk kedua-duanya.

Hitman (2007)
Filem ini dilakonkan oleh pelakon yang sangat Awesome dan luarbiasa. Timothy Olyphant melakonkan watak Agent 47. Dalam filem ini beliau merupakan pembunuh upahan yang melakukan kerja secara bersendirian dan sangat cekap. Namun bila dia dikhianati, maka bermulalah aksi yang sangat awesome di mana dia mencari siapa yang mengkhianatinya. Filem ini kalau nak tonton sila tonton tanpa kanak-kanak ye. Ada part yang sangat tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Aksi dan juga part 18sx.. So faham-fahamlah ye.

Hitman2 large.jpg

Hitman : Agent 47 (2015)
Bermula dengan sedikit penerangan kemudian terus pada aksi tanpa henti. Pelakonnya juga botak (trademark kot) dan Awesome. Membunuh dengan sangat cekap dan sangat relax. Reboot filem Hitman ini dilakonkan oleh Rupert Friend. Aksi dia kalau ko tengok, ko mesti cam.. Huh?? Seriously.. Ko xkan mampu mengalihkan pandangan.
Part yang paling best masa aksi kejar mengejar dekat parking lot. Agent 47 guna kereta merah manakala penjahat menggunakan 4 motor serta 1 pajero untuk mengejar. Pastu aksi menyerang guna helikopter ngn berlawan. Pergh!! Watak utama untuk citer nie ada dua beb.. Agent 47 dgn aweks nama Katia van Dees dilakonkan oleh Hannah Ware. Aksi berlawan yang ditunjukkan oleh kedua-dua watak memang awesome and dasyat. Walaupun reboot tapi memang lain dari yang tahun 2007 nye filem.. Penghujung cerita ini seolah-olah memberitahu akan ada sambungan.. So kita tunggu jellah ye..

5 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..