Tuesday, November 10, 2015

Pengalaman Ditawarkan Member Kad AEON



Assalamualaikum..
Sha nak share pengalaman di AEON Mall Klebang, Perak.
Promosi member kad percuma seumur hidup. Orang tu promosi la bagi tahu member kad tu percuma, xpayah renew lagi. Keistimewaan member kad tu dia boleh jadi kredit kad juga tapi hanya untuk guna di AEON sahaja.
Bila tanya kalau saya just nak guna member kad je xnak kredit kad tu, boleh ke. Katanya boleh.. Cashier akan tanya terlebih dahulu sebelum Swept kad tu.. Okay.. part nie dah meragukan.. Buatnya cashier tu lupa nak tanya dan terus swept je, siapa nak bertanggungjawab.. Manusia nie x sempurna.. Agaknya sebab tu permintaan mereka terhadap butiran diri kita untyk diisi dalam borang tu agak pelik dan meragukan..Xpe, kita layan je dulu.. Sha biar dia terangkan semua mengenai maklumat yang diperlukan.

Tapi sha x buat pun member kad tu... Kenapa???
Sebab permintaan butiran diri terlalu meragukan..
Mereka memerlukan rujukan (kena bagi nama orang yang tak duduk sekali dengan kita) ini je dah cukup mengganggu jiwa raga sha, bila sha dengar. Suami sha cakap kami xde rujukan lain tu. Pastu orang tu potong bahagian rujukan lain tu. Pastu nak no gaji (staf kerajaan), eh.. da kenapa pula nak no gaji.. Alasan dia bila tanya kenapa nak no gaji, dia cakap bukti yang kita berkerja. Okey.. Dekat sini je dah tambah-tambah meragukan..

Member kad je pun.. Kenapa sampai nak no gaji..?? Nampak x permainan mereka..
En. Suami bila dengar je nak no gaji terus x bagi sha buat.

Ke sha je yang rasa permintaan diorang meragukan. Sha x pernah buat AEON member kad, jadi memang x tau la procedure dia.. Kalau member kad Mydin Mall, TF Supermarket ataupun Tesco xde la pula kena bagi no gaji bagai nie..
Ada sesiapa yang pernah di beri tawaran sebegini? Meh share..

Kejadian berlaku di AEON Mall Klebang, Perak.
Tarikh : 07.11.2015 (sabtu)

10 comments:

  1. Aik !

    Ini pelik ni... semacam jaa...

    ReplyDelete
  2. betul sha, sekarang ni perlu ada sedikit curiga dalam apa juga tindakan, supaya tak tertipu kan :)

    ReplyDelete
  3. so far buat mmber card watson, tesco semua tu tak de lg yg mntak yg bukan².. huhuhu scary!

    ReplyDelete
  4. La,,,pelikgak tu..elok gaklah kita berhati2 kan.. :)Salam kenal n follow sini

    ReplyDelete
  5. aaaik ? CT buat kad AEON takde isi pelik2 pun..
    ni memang macam nak soh buat cc je ngan diorang.. pandai eh diorang..

    ReplyDelete
  6. Murni dlu ada member kad jusco..loni jadi aeon la..ok jer duk kutip point ja..kalau membercard day memang syok..beli RM100 dapat cash voucher RM10. Dulu beli barang rumah dlm 5K dpt cash voucher RM500 tuuu

    ReplyDelete
  7. Sekarang macam2 penipuan ada, kena hati2 la yer ^-^

    ReplyDelete
  8. Pelik juga dah lama jadi member jusco tapi tak pernah pula isi maklumat pelik macam ni.

    ReplyDelete
  9. Assalam sha,
    iols pun xdop member card jj a.k.a aeon he3

    ReplyDelete
  10. saya jadik member aeon..masa isi borang nak register dulu, tak de pulak sampai ke no. gaji pun nak..isi nama, no. telefon, alamat..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com