Tuesday, September 13, 2016

Jus Asam Belimbing / Belimbing Buluh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah sebenarnya nak share pasal ini..
Tapi sebab terlupa amik gambar tu yang tertangguh..
Asam belimbing ini selain buat sambal..
Boleh juga dibuat air..
Abah Sha yang ajar..
Abah buat masa bulan puasa haritu..
Minum jus belimbing nie menyegarkan..
Rasanya ohsem giler..

Air Belimbing
Belimbing Buluh
Gula
Air batu
Air
Blender

Cara Membuatnya
Basuh belimbing dan potong dua.
Bubuh dalam blander.
Bubuh gula dan air.
Blend sehingga halus..
Tapis dan rasa.. Kalau tak berapa ok, tambah gula..
Dah ok, masukkan air batu..
Sedap diminum sejuk-sejuk..

 
Inilah dia buah Belimbing Buluh..
 
 

Khasiat Buah Belimbing Buluh

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Kegunaan

Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.

Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing. 
Info ini diperolehi di SINI.

13 comments:

  1. uik cam best jerk.. Kene cuba ni.. tak masam ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Lea.. Kena pandai seimbangkan gula dan asam belimbing..

      Delete
  2. nice share.. selalu buat acar je..

    ReplyDelete
  3. x msm ke minum air buah belimbing ni?erkk..sllunya msukkan dlm gulai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la masam sangat..
      kena pandai balance kan gula dan asam belimbing..

      Delete
  4. zaman kecik2 dulu memang selalu lah curik belimbing jiran
    sekarang dah besar, nak jumpa belimbing sebijik pon susah
    jiran pon dah tebang pokok belimbing dia tu
    but i still remember rasa dia
    masam2 gitu kan.. ^_^

    ReplyDelete
  5. nnt nk try lh..sellu buat jeruk jer

    ReplyDelete
  6. belimbing ni aida x pernah buat jus.
    aida masukkan dlm sambal. sedap!
    atau masak lemak cili padi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com