Thursday, November 5, 2015

Patung oleh Muhammad Fatrim

Assalamualaikum..

Bila dah memang minat dengan buku dan suka membaca, susah nak buang keinginan ini.
Jumaat (23.10.2015) sha kena pergi KL untuk buat pemilihan buku. Kerja dekat Library kan, ini juga merupakan salah satu kerja kami. Bila tetiba, duit ada lagi maka kami kena pergi gudang buku untuk pilih buku. Bayangkan nak abiskan duit dalam masa sehari (jumlah xle bg tau, rahsia). Kalau buku luar negara, sekejap je tapi yang jadi masalah bila kena pilih buku keluaran tempatan. Buku tempatan dah x banyak. Kami kena pergi 4 showroom tapi, jangan kata separuh, suku pun belum duit dibelanjakan.

Bayangkan sha berada dalam gudang buku, jenuh kawal nafsu. Banyak pula tu buku yang menarik. Gudang pertama, masih lagi terkawal. Gudang kedua, ok lagi. Masuk je Showroom ketiga terus jiwa kacau bilau. Sudahnya, Patung berada di tangan. Tergadai juga akal kepada nafsu. Pilihan sha, akhirnya jatuh pada Patung.

Ulasan Sha Mengenai Patung - Patung sebuah novel seram tapi cam x seram. Misteri tapi macam x misteri. Ganas tapi cam x ganas. Senang citer, kena bacalah sendiri baru tau perasaan dia. Bayangkan bila manusia bertuhankan makhluk yang x sepatutnya. Habis tergadai iman. Hanya kerana mahu kelihatan jelita dan kaya, sanggup membunuh manusia lain. Detail owh dia bagi tau macam mana dia bunuh orang tuh. Pastu sambil baca, sambil bayangkan.. Pergh!!! Memang Awesome..
Namun semuanya mula berubah hanya kerana sebuah patung. Patung yang didalamnya ada tertinggal roh manusia yang sepatutnya dah mati. Bila terlalu berdendam, maka roh yang baik akan berubah menjadi jahat. Kena baca betul2 baru boleh tangkap misteri yang sangat ganas dan menakutkan dalam novel ini.

Sebabkan novel ini misteri, ulasan diapun kena misteri sikit..
Tu belum lagi baca part roh-roh yang masih berlegaran di sekeliling kita hanya kerana perkara-perkara yang sukar kita fahami. Baca lah dengan minda yang terbuka ye. Jangan takutkan diri sendiri.
Seriously awesome.. Kalau penulis meneruskan sambungan pada novel nie pun bagus. Sebab patung masih ada. Seronok juga kalau ada kesudahan pada Patung tersebut.
Selamat membaca ye.. Confuse ke baca ulasan ini? 
Welcome tu my world. Hehehe.. Jangan marah ye.

3 comments:

  1. menarik....tapi kena baca betul-betul baru faham kan....
    nak kena cari juga buku macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu arz.. memang menarik.. arz try la baca.

      Delete
  2. GV dah baca novel ini. Best. Novel ini ada kene mengena dengan novel Asrama hasil karya penulis novel yang sama iaitu Muhammad Fatrim. GV pernah jumpa penulis novel ini dan dia sangat baik. hihi. Jalan cerita patung agak kompleks tetapi memang best. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com