Monday, April 6, 2020

Day 20 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

20 hari sudah berlalu.. Terasa seperti dalam drama pula.. Duduk dalam rumah, tak boleh keluar demi mengelakkan virus.. Hari ini agak kepenatan.. Sha keluar pergi ambil baju dekat tukang jahit.. Baju untuk raya.. Tukang jahit pun nak pakai duit kan.. Jadi kenalah ambil baju dan bayar.. Lepas tu Sha ke TF mencari lauk basah.. Jumpa ikan sardin dengan harga RM6.99 sekilo, maka belilah 2 kilo.. Untuk 5 kali masak.. Disebabkan lama tak beli udang, Sha belilah sikit.. Tu jelah yang menarik pun.. Cari buah dan sayur sikit.. Masa nak balik terserempak dengan encik polis.. Bersoal jawablah kami.. Kemudian dia lepaskan Sha balik sebab tujuan Sha hanyalah beli barang dapur bukan merayap.. Penuh barang yang Sha belu dekat kerusi belakang, tu yang polis lepaskan.. Sebelum balik, Sha singgah dekat kedai runcit di Sg. Behrang mencari ikan kembung dan juga sotong.. Alhamdulillah terjumpa ikan Nyok Nyok.. Belilah seekor.. Sebelum balik tapau dulu lauk.. Balik karang nak mengerjakan ikan memang tak sempat punya nak masak lauk.. Goreng ikan je.. Siap siang dan asing-asingkan dalam zipper bag untuk memudahkan proses memasak.. Penat.. Cukuplah untuk 2 minggu punya lauk..

Petangnya Sha tengokkan anak-anak buat kerja sekolah dan menghafal.. Imani nak dipantau membaca.. Sambil-sambil tu, sempatlah habiskan 3 buah buku..

Minum petang Sha hari ini Rojak manis.. RM3 semangkuk ini.. Beli dengan jiran kuarters.. Alhamdulillah.. Anak-anak Sha pun suka.. 

Alhamdulillah.. Baju dah siap..

20 comments:

  1. dah siap baju raya..sepjg PKP ni, baru sekali keluar beli barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha dah 2,3 kali juga.. cepat sangat susut stok makanan.. Tapi alhamdulillah masih boleh membeli..

      Delete
  2. baju raya dah siap
    cuma takut tak boleh raya aje nanti.
    Harap2 wabak cov19 ni cepat berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tempah awal wak.. Tak amik, kesian pula kat tukang jahit.. Harapnya cepatlah Covid 19 ini hilang

      Delete
  3. wahhh dah siap tempah baju raya. kita baju raya pun tak sempat beli tahun ni. serius tak expect dengan keadaan sekarang lagi macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah biasa prepare sebelum puasa.. ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

      Delete
  4. Waalaikumussalam. Semoga yg terbaik buat malaysia ๐Ÿ˜ข

    ReplyDelete
  5. bestnya Sha dah siap baju raya ye :)

    ReplyDelete
  6. tengok rojak tingat arwah ayah.. memang fevret dia.
    selalu kena teman ayah p makan tapi saya x minat so tnggu jela hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan kan Siti.. AlFatihah (dibaca) untuk arwah..

      Delete
  7. waaa..terinspirasi laa dengan life sis... semangat n manfaatkan masa sepenuhnya... stay safe sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Alhamdulillah.. Stay safe juga ye..

      Delete
  8. wah..dap menu. Ayu x sempat nak tempah baju raya..kena beli siap je la nampak gayanya. baju utk pagi raya je pun.

    ReplyDelete
  9. Wah, dah settle baju raya! Akak rasanya recycle baju2 tahun lepas je. Sha penat2 urus stok barang dapur, sempat lagi habis 3 buah buku tu :D

    ReplyDelete
  10. nasib baik dekat sini takde roadblock sangat sebab kawasan kedai within 10km. tinggal 10 hari je ni. Tak sabar!

    ReplyDelete
  11. Sedapnya rojak. Sejak PKP ni, memang tak dapat beli dah.

    ReplyDelete
  12. Baju raya dah siap ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
    Cikbunga pakai haq tahun lepas punye๐Ÿ˜€

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »