Sunday, April 5, 2020

Day 19 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

19 hari dah kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.. Ada lagi 9 hari.. Lepas habis PKP ini tak pastilah nak bagi anak pergi sekolah ke tak.. Risau tau.. Kita yang dewasa nie bolehlah nak jaga jarak.. Anak-anak.. Semoga Allah mengambil semula ujian virus Covid 19 ini dari kita.. Aamiin..

Hari ini Sha baca ebook dan menonton filem Thailand.. Sambil-sambil tu update album buku di FB.. Saja nak berkongsi minat.. Niatnya nak bantu rakan-rakan cari bahan bacaan dengan perkongsian Sha tu.. Tahun ini memang tak mampu nak membeli novel.. Jadinya Sha meminjam melalui aplikasi PNM e-Reader, Okbee Buffet, U Pustaka dan Google Play Books.. 

Anak-anak dara melaram sakan dekat rumah.. Hahaha.. Nak keluar tak boleh.. Mak okay je.. Bagi diorang happy.. Pakailah apa pun anak.. Bukannya susah.. Orang gaji Jepun ada kat dapur tu tolong basuhkan.. hehehe..

Alhamdulillah.. Hari ini rezeki murah.. Perang dalam pukul 6 ada jiran bagi kek coklat.. Sangkut kat pintu je.. hehehe.. Lepas sangkut jiran mesej Sha cakap ada sangkut plastik dekat pintu.. Sedap kek coklatnya..

Malamnya pula encik suami bawa balik donat.. Rakannya bagi.. Rezeki.. Sedap, lembut donatnya..

11 comments:

  1. Sedap kek coklat tu. Bagusnya ada jiran yang suka berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. jiran yang baik juga satu rezeki..

      Delete
  2. sama la kita, sha.
    risau kan anak2 tu.
    aida pun tak jumpa org sgt kat ofis.
    anak2 yg dok bergomol dgn kawan2, kan.
    aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Aida.. minggu depan dah start sekolah.. tak tahulah macam mana nanti..

      Delete
  3. seronoknya anak anak melaram boleh buat kita terhibur kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »