Thursday, April 2, 2020

Day 15 & 16 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sibuk menguruskan kerja-kerja sekolah anak yang diberikan oleh guru melalui aplikasi whatsapp dan juga pembelajaran secara online di Digital Learning.. Bukan mudah nak memantau anak-anak ni bila kita bukanlah guru.. hahaha.. Mereka jadi senang lenang dan lebih suka bermain.. Nak kena guna nama guru, barulah nak buat.. Mujurlah cikgu pesan lepas siap buat kena ambil gambar dan hantar pada cikgu.. Barulah nak percaya cikgu yang suruh buat.. Kalau tak mereka ingat Sha saja-saja suruh buat.. Sabar jelah.. hehehe.. 


Hari ini.. Sha pula sibuk dengan kerja pejabat.. Tiba-tiba dapat whatsapp kerja tak siap lagi.. Pergh!! Nak terbakar rasanya kepala sebab kerja tu memang awal Mac hari tu Sha dah selesaikan.. Terus ajak kawan sekerja ke pejabat.. Sebelum tu Sha maklumkan dulu bos dan bos Sha maklumkan Timbalan Pengarah.. Mujurlah tak ada masalah sebab Sha duduk dalam kawasan Politeknik.. Pejabat dan rumah dalam satu kawasan.. Tak perlulah pengurusan keluarkan surat.. Boleh terus pergi je.. Tapi tetap kena maklumkan.. Alhamdulillah dah selesai..

8 comments:

  1. Fuhh.. macamtu eh Cara pembelajaran musim PKP sekarang... Hahaha.. baru kutahuu... Alhamdulillah settle urusann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembelajaran alaf baru.. sampai penuh sendatlah whatsapp maknya.. hehehe

      Delete
  2. Memang kena cari alternatif supaya anak2 tak lupa terus dengan pelajarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wak.. kalau tak memang anak-anak lekalah jawabnya..

      Delete
  3. Kesian bila fikir anak2 yang rumah x ada komputer dan kemudahan nak online. Semoga anak2 Sha belajar dengan baik ye sepanjang PKP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sal.. tak semua berkemampuan.. Memang saat-saat macam nie buat kita bersyukur dengan apa yang ada.. Memandang ke bawah membuatkan kita sangat menghargai kehidupan..

      Delete
  4. Untung Sha rumah area tempat. Keje je

    ReplyDelete
  5. rumah dekat dengan kawasan kerja, alhamdulillah at least senang nak bergerak tengok pejabat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »