Tuesday, April 14, 2020

HelloDoktor | Selepas PKP Berakhir, Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa? – Baca Ini Dulu!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan artikel dari HelloDoktor ini untuk bacaan bersama.. Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.


Satu dunia dalam kegelisahan akibat pandemik COVID-19.

Disebabkan itu, macam-macam tindakan keselamatan dan kesihatan dilakukan setiap negara bagi membendung penularan wabak ini dari terus berleluasa.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Meskipun langkah ini dilihat memberi kesan positif, pihak kerajaan masih perlu melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April 2020.

Ia mungkin juga menjadi lebih panjang dalam usaha meratakan lekuk graf jangkitan COVID-19.
Kehidupan semasa PKP berlangsung, apa yang berlaku sekarang?


Tak dinafi, kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan.


Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli barangan atau ubatan penting buat diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

Ketika di luar, individu disaran menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjara sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Selain itu, anda juga diminta untuk amalkan cara ini:


Ketika perintah ini diumumkan dahulu, ramai netizen yang tak dapat menerimanya.

Ada yang tak mematuhi arahan dengan berlegar-legar di luar rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau pergi melancong bersama ahli keluarga.

Malah, ada juga yang masih berdegil menganjurkan pelbagai kenduri-kendara.

Lebih teruk, ada juga yang melakukan pembelian panik keperluan rumah sehingga mengakibatkan pasar raya menjadi lautan manusia!

Kesannya, banyak keperluan seperti roti, beras, mi segera dan minyak masak yang habis stok.
Kehidupan selepas PKP berakhir, apa yang akan terjadi?


Adakah anda dapat bayangkan kehidupan selepas PKP ini berakhir?

Adakah kehidupan akan kembali seperti sebelum ini? Hakikatnya, ia tidak mudah seperti yang kita sangka.

Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak wujud istilah ‘business as usual’.


Jika hendak difikirkan secara logik, tiada jaminan yang mengatakan wabak COVID-19 akan hilang dengan sepenuhnya selepas tamat tempoh kedua PKP.


Namun, sudah tentu kita juga sudah tidak lagi mahu berada di rumah hingga tiada pendapatan masuk.

Sampai bila kita perlu minta bantuan kerajaan?

Apakah yang perlu kita buat selepas wabak COVID-19 reda?


Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”.

Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir.

Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal.


Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja.

Begitu juga dengan aspek kebersihan.

Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang.

Dalam erti kata lebih mudah, tiada apa yang berbeza kecuali pergerakan kita mungkin sudah tidak terlalu terbatas.

Kita mungkin sudah boleh pergi bekerja dan melakukan aktiviti di luar rumah.

Namun, ini adalah sangat bergantung kepada keadaan ketika itu.


Maka, bersamalah kita mematuhi PKP dan mengamalkan langkah keselamatan, kesihatan dan kebersihan agar lekuk graf jangkitan dapat diratakan.

Bersamalah kita berdoa agar wabak COVID-19 ini dapat diredakan dalam masa yang terdekat agar kita boleh menyambut kehadiran bulan Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna. #stayathome

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Oleh Ahmad Farid
Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

3 comments:

  1. x boleh nak berkumpul reramai dah pasni

    ReplyDelete
  2. lepas ni semua akan berubah of coz, tak leh nak berkumpul ramai2 dah, kena sentiasa jaga kebersihan...and mcm2 lagi la..Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Boleh bayangkan pasti keadaan akan berbeza.. skrg musim utk survival

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »