Sunday, October 2, 2016

Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Breakfast apa pagi ini??
Jom buat nasi goreng nak..
Mudah dan ringkas je..
 
Nasi Goreng Sardin
Bahan-bahannya
Sambal sardin
Sardin Adabi 1 tin kecil dibuang tulang tengahnya.
Bawang besar seulas dipotong dadu
Kentang sebiji dipotong dadu
2 sudu besar cili giling
Sedikit air asam jawa
Gula sesudu
Minyak untuk menumis..

Nasi Goreng
Nasi lebihan semalam.
Telur
Kicap Lemak Manis Jalin / cili padi

Cara Memasak.
Panaskan minyak, goreng kentang hingga agak empuk.. Masukkan bawang, tumis hingga naik bau.. Masukkan cili giling, tumis hingga garing dan masukkan sedikit air. Kacau, kemudian masukkan sardin. Setelah sebati masukkan gula dan air asam jawa beserta garam.. Didihkan lebih kurang 5 minit.. Dah siap.. 

Untuk buat nasi goreng, tinggalkan sedikit sambal sardin dalam kuali mengikut kesukaan.. Pecahkan telur dan kacau.. Kemudian masukkan nasi dan kacau bagi sebati. Yeah!! Siap.. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi sebelum pecahkan telur..

Sha tak buh cili tapi tambah kicap lemak manis Jalin, sebab makan dengan Amani.. 
Alhamdulillah, Amani suka.. Walaupun pedas sikit tapi habis dia makan.. Hehehe..
Selamat mencuba ye kengkawan..

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »