Projek Thriller : Organ oleh Sufi Abqari, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen & Ninie Othman - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Sunday, October 16, 2016

Projek Thriller : Organ oleh Sufi Abqari, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen & Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Thriller Organ
"Kekejaman Yang Tiada Kesudahan"

Zombie Tit oleh Sufi Abqari. 
“Aku selalu memukulmu, mengherdikmu, memakimu. Membunuh setiap impian dan cita-citamu. Malah meracuni keberanian yang cuba mekar di dalam hatimu. Hanya satu yang ingin aku ucapkan. Maafkan aku.”
Cerita yang sungguh kejam.. Hahaha.. Makan otak..
Dahlah Sha memang suka makan Sekaya dengan roti...
Boleh pula penulis menggunakan Sekaya sebagai bahan yang..... Baca sendirilah..
Disebabkan baca cerita inilah Sha gigih pergi google pasal Burung Zombie Tit tau..
Gigih nak tengok rupa dia macam mana.. Hahaha.. Cantik giler burung tu..
Tapi cerita ini memberi keinsafan pada sha.. Manusia memang selalu lupa diri dan bongkak..
Cerita ini juga membuatkan jiwa Sha sedih.. Bagaimana seorang mak mampu menyeksa dan membiarkan anaknya dijadikan hamba seks sedangkan anak itu dikandung selama 9 bulan di dalam perut.. Memang memberi pengajaran.. dalam masa yang sama mengerikan..

Valentine Berdarah
Ebriza Aminnudin
“Organ-organ ni akan aku abadikan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk memancing mereka semua ke sini. Aku harus mendapatkan lebih banyak lagi agar Bandar Fussia berpenghuni. Aku tidak akan keseorangan lagi. Ha... ha... ha...”
Membaca cerita ini memberikan debaran yang mengerikan..

Macam manalah GPS tu boleh ke hutan sedangkan tujuan asal ke laut..
Bila naluri seorang ibu tu kuat, sebaiknya kita sebagai anak kena patuh..
Yang best bila dalam cerita ini diberikan penerangan mengenai Valentine itu sendiri..
Semoga kita semua tidak terpengaruh..
Yang Sha sedih watak memula yang mati tu.. Hahaha.. Tak boleh terima ok..
Rasa macam nak masuk dalam novel dan cakap dekat makhluk jahat tu untuk bunuh watak lain dulu... Pergh!! Geram tau..
Tapi bila hukum Allah dilawan tu yang malapetaka terjadi..

Pemangsa
Eqbal Mohaydeen 
“Sesiapa yang menjumpai rakaman ni tolong laporkan pada pihak berkuasa. Kawan-kawan saya dah mati. Dan saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Ada sesuatu yang memburu dan membunuh mereka.”
Aksi dan ilusi bersatu menyebabkan nyawa manusia menjadi taruhan..

Bila kejadian manusia cuba dicipta oleh manusia..
Tak ke melawan hukum Allah..
Mujurlah masih ada yang selamat..
Memang memberikan debaran yang ohsem..
Seronok baca cerita ini sebab Watak dalam cerita ini asyik dikejar..
Ko yang membaca pun terasa debarannya..


Kejam
Ninie Othman 
“Apabila lelaki itu tidak dapat mengawal dirinya, hanya membunuh menjadi hobinya.”
Memang kejam cerita ini...
Pembunuhan yang dilakukan tanpa belas kasihan..
Mayat dipotong umpama memotong ayam..
Jantung disimpan..
Hanya kerana obsesi yang melampau, manusia lain jadi mangsa..
Mujurlah Sarah bukan manusia yang berputus asa..

Yang pasti ke empat-empat cerita memberikan debaran yang mengganas..
Percubaan yang sangat baik dari ke empat-empat penulis..

 
 
Sha beli dengan Eqbal Mohaydeen..
Start baca pada 11.10.2016

 Burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai Burung Zombie Tit..
Cerita penuh pasal burung ini boleh baca di SINI, SINI dan SINI.

7 comments:

  1. menarik jer citer ni sis... seram tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik.. Tak seram tapi ganas.. Hehehe..

      Delete
  2. alamak simpan dulu, takleh baca review ni lagi sbb nak beli buku tu.hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Review Sha nih buat hati saya jadi tertarik nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Jangan lupa dapatkan di kedai buku berhampiran.. Best tau..

      Delete
  4. menarik jer MV tengok..MV skg tgh baca jangan goda aku..itu pun tak habis lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..