Pembantu Dari Neraka oleh Noorfadzillah - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, October 11, 2016

Pembantu Dari Neraka oleh Noorfadzillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Pembantu Dari Neraka ini memang best..
Konflik mengenai perubatan Islam, perubatan moden dan juga bomoh..

Perdebatan diantara Suraya dan Amir yang berlainan pegangan memang merancakkan perjalanan cerita..
Suraya yang sangat berpegang pada Al-Quran dan kekuasaan Allah berjaya melembutkan hati Amir yang keras..
Amir yang taksub dengan sains dan perubatan moden akhirnya tewas..

Namun apalah cerita tanpa watak jahat yang gila dan kejam..
Dukun Itam yang sangat hitam hatinya..
Demi meneruskan kelansungan hidupnya sebagai dukun sanggup bersekutu dengan syaitan..
Menggunakan makhluk pendamping untuk menghuru harakan kampung..
Mengacau dan menentang abang dan anak saudaranya..

Pembantu Dari Neraka bukan sekadar novel seram biasa..
Ada ilmu dan pengajaran..
Membawa pembaca untuk berfikir..
Kalau hidup hanya menongkat dunia pastilah syaitan mudah mendampingi..
Andai Al-Quran dijadikan pegangan, Solat itu tidak ditinggalkan pastilah tenang jiwa dan hati..

Satu kejayaan buat penulis..
Tahniah.. Semoga menghasilkan lebih banyak karya yang ohsem..

 
Sha baca dan selesai pada 01.10.2016

8 comments:

  1. Dasyat tajuknya... bila baca review akak baru thu makna tersurat tajuk tu. huhu tunggu masyuk sikit bolehlah start membeli novel balik ni.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk dia memang dasyat.. Belum Mai baca novel dia..
      Mai kalau nak membeli gi la kat karangkraf mall ada diskaun dan free shipping time gaji org kerajaan..

      Delete
  2. masyaAllah..tajuk menyeramkan

    ReplyDelete
  3. tajuknya saja dah buat kita tertarik nak baca

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..