Monday, July 21, 2025

7-Eleven Buah Prun Kering

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka makan buah prun tambahan jenis kering macam ini.. Suka tapi tak adalah hari-hari makan.. Bila teringin ja.. Ini prodak baru dari 7E, jadi belilah sebungkus buat rasa-rasa.. Okaylah buahnya tak lembik sangat, tak terlalu kering.. Pada Sha memang ngam-ngam ja dia punya rasa tu untuk Sha.. Buahnya lembap tapi tak keterlaluan.. Tak ada biji.. Memang sekali hadaplah terus habis.. Bila tak ada biji, lagi lajulah mengunyah.. Buah prun ini bagus untuk yang rendah HB dan juga untuk sistem perlawasan.. Cumanya bergantung juga pada badan kita..

7-Eleven Buah Prun Kering (50g) - RM5.90

China | What's Wrong with My Princess (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tontondrama pendek ini di youtube.. Agak menarik sebab drama reborn yang penuh dengan strategi.. Watak utamanya Qiu Yu mulanya berkahwin dengan Li Mo dan bantu Li Mo ini untuk naik takhta.. Malangnya lepas naik takhta, Li Mo ini berpakat dengan Xin Er bunuh Qiu Yu.. Bila Qiu Yu kembali semula ke malam sepatutnya dia berkahwin dengan Li Jian, Qiu Yu berjaya melalui perkahwinan tu siap berpakat dengan Li Jian untuk kenakan balik Li Mo dan adik dia Xin Er.. Memang penuh strategi dan nampaklah heroinnya bukan sekadar patung yang lembik.. Teruk Li Mo dengan Xin Er kena main dengan Qiu Yu dan Li Jian..

Drama: What's Wrong with My Princess
Also Known As: Huang Fei Wei He Na Yang, Revenge of the Reborn Princess
Director: Tony Tang
Genres: Historical, Romance, Fantasy
Country: China
Episodes: 32
Aired: Aug 27, 2023 - Sep 8, 2023
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Tencent Video
Duration: 10 min.
General Murong Qiu Yu was infatuated with the second prince Li Mo, she aided him in seizing the throne. However, she was betrayed and killed by Li Mo and her sister Murong Xin Er.

After being reborn, Qiu Yu finds herself back on her wedding night with the seventh prince, Li Jian. Qiu Yu decides to join forces with Li Mo's rival, Li Jian, to ensure that Murong Xin Er and Li Mo face the punishment they deserve...


~~ Adapted from the novel "Kuang Nv Chong Sheng: Wan Ku Qi Huang Fei" (狂女重生:纨绔七皇妃) by Hong Guo Gu (红果果). ~~

Farm Fresh Choco Malt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa dekat kedai ECO.. Akhirnya.. Lama dah teringin nak cuba tapi tak ada pek percubaan.. Ini dah jumpa dekat ECO, jomlah beli sebungkus walaupun dah naik harga.. kikiki.. Sha beli ini masa harga dah RM2.60.. Masih okaylah sebab satu ini jatuh RM1.30.. Nak mencuba ja.. Sebab Sha macam tak nampak dekat pasara pek besar yang jenis sachet macam ini, selalu tu jumpa yang jenis kilo ja.. Sha suka rasa coklat dia.. Anak-anak pun suka.. Bolehlah beli yang kilo tu nanti..

Farm Fresh Choco Malt (2pek X 35g)- RM2.60

Pekat tau airnya.. Memang berbaloilah beli dan anak-anak Sha pun suka..

Sunday, July 20, 2025

Halls XS: Cola Chill

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Saiznya comel sahaja dan rasa colanya mantap.. Memang unik tapi sedap dan tak pelik.. Paling best sebab dia berangin bila dimakan.. Cumanya tak adalah terlalu berangin, sedang-sedang ja rasa berangin dia tu.. Saiz gula-gulanya pun comel ja..

Halls XS: Cola Chill - RM3.00

Saturday, July 19, 2025

eclipse Plus Mints Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi rasa premium dari eclipse.. Mahal ini kalau beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Jadinya Sha beli atas talian, murah sikitlah.. kikiki.. Nak rasa juga sebab selalu sangat nampak depan mata.. Gula-gula ini berangin tapi tak adalah kuat, okay okay ja.. Rasa madu dan lemon tu memang ngamlah, melegakan tekak dan menyegarkan mulut.. Biasanya gula-gula macam ini akan bertahan dalam beg tangan Sha lebih kurang seminggu..

eclipse Plus Mints Honey Lemon (30g) - RM6.40

Warna kuning gula-gulanya.. Isi dia hampir penuh.. Saiz gula-gulanya agak besarlah juga..

US | Thunderbolts* (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada watak nama Yelena.. Jalan cerita dia okaylah walaupun agak serabut.. 5 superhero yang tak diperlukan berkerjasama untuk menentang penjahat yang asalnya baik.. Bob ini manusia biasa yang dijadikan bahan ujikaji untuk penghasilan hero baru namun tak berjaya.. Bila dia jadi Bob, dia baik ja tapi bila dia jadi Void memang hancurlah.. Yelena dan rakan-rakan membantu Void jadi Bob balik.. Penjahat sebenar adalah de Fontaine, perempuan yang melakukan pelbagai ujikaji semata-mata nak mewujudkan super hero baru.. Bila ahli Thunderbolts ini berjaya kalahkan Void, de Fontaine ambil kesempatan memperkenalkan diorang sebagai The New Avenger.. Hujung filem kita boleh lihat kmunculan logo Fantastic Four.. 

Thunderbolts*
Also known as: *The New Avengers
Taglines: Be careful who you assemble.
2025 ‧ Action/Adventure/Crime/Drama/Fantasy/Sci-Fi ‧ 2h 10m
Ensnared in a death trap, an unconventional team of antiheroes -- Yelena Belova, Bucky Barnes, Red Guardian, Ghost, Taskmaster and John Walker -- embarks on a dangerous mission that forces them to confront the darkest corners of their pasts.

All Joy Kuaci: Sea Salt, Charcoal Grill & Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini memang suka kuaci tapi tak adalah selalu makan.. Sesekali tu memang sukalah mengopek dan menunyah sambil membaca.. Rasa ralit ja.. kikiki.. Kebetulan masa Sha menaip pasal kuaci ini, radio Sinar kongsikan fakta menarik dan baik pasal kuaci.. Kira macam, okay ja nak makan cuma janganlah berlebihan..

All Joy Kuaci: Sea Salt, Charcoal Grill & Original (80g) - RM3.29 (each)

All Joy Kuaci: Sea Salt - Kuacinya diselaputi garam laut namun isinya tak masin pun.. Lebih pada masa digoreng tu dibubuh garam laut jadinya masin pada kulitnya sahaja.. Okaylah pada Sha..

All Joy Kuaci: Charcoal Grill - Kuaci ini dipanggang dengan arang jadinya lebih semula jadilah rasa dia.. Tak bergaram.. Memang lagi syok nak kunyah.. Rasa yang asli gitu..

All Joy Kuaci: Original - Versi original ini, kuacia dia rasa lagi manis bila kita kopek kulit dia.. Isi dalam dia tak adalah manis, biasa ja.. Cuma bahagian kulit tu, manis dan tak masin.. Tak macam yang charcoal tu..

Friday, July 18, 2025

Program Menggapai Bintang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ke sekolah Amani untuk Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa.. Pergi bersama encik suami.. Kami datang tu kebetulan dah hujung-hujung, jadi tak adalah lama menunggu giliran.. Cikgu maklumkan tentang pencapaian Amani, perangai dan keterlibatan Amani dalam kelas.. Encik suami bertanya tentang kelanjutan pelajaran Amani untuk tingkatan empat nanti dalam subjek Asas Sians Komputer serta keperluan pembelajaran.. Sempat jugalah bertanya dengan cikgu tentang peluang kerjaya andai Amani kekal dalam kelas Asas Sains Komputer.. Bidangnya luas sebab melibatkan IT.. Cumanya agak rumit sikitlah pembelajarannya dan memerlukan laptop sendiri supaya pembelajarannya lancar..

Subjek lain semua okay, boleh dipertingkatkan lagi markahnya.. Cuma Sejarah tu kena usaha lebih sikitlah sebab sikit sangat markahnya.. Buku nota padat, Sha dah dapatkan.. Harapnya membantulah..



Hurix's Strawberry Gummy with Vitamin C

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab tak pernah nampak.. Comel ja gummy dia.. Jadilah buat kunyah-kunyah.. Memang rasa strawberi ya.. Sekali hadap ja.. Selesai.. kikiki..

Hurix's Strawberry Gummy with Vitamin C 10g (5s) - RM1.79

Memang ada 5 ketul ja gummy dalam pek tu.. Bentuk love lagi..

Buah Tangan dari Mekah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang rakan sepejabat menghantar buah tangan kiriman dari CC yang dah bersara.. CC ini baru balik dari Mekah.. Comel sangat buah tangannya.. Semua orang dapat hadiah yang sama.. Sha memang sukalah buah tangan comel ini.. Tamabhan pula baru aja tengok perkongsian video mengenai patung ini di media sosial.. Bila dapat di tangan, teruja betul rasa hati.. Sha doakan semoga CC diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan rezeki.. Aamiin..

Aduh!! Tertonggeng pula dia..

Mungkin gantungan besi tu membuatkan si comel ini tertumus begitu.. kikiki..

Akhirnya Coby dah mendapat teman.. Nak namakan si comel ini apa ye?

Thursday, July 17, 2025

Makiato Strawberry Nougat Crisp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik sebab tak rasa masam.. Kadang makanan yang ada strawberi ini, lebih rasa masam.. Nougat ini agak seimbanglah pada Sha dari segi rasa dia.. Tak terlalu kenyal, ada rasa rangup biskut dan rasa segar strawberi.. Menarik..

Makiato Strawberry Nougat Crisp (150g) - RM5.50

14 pek comel

Ada ketulan strawberry dibahagian atas nougat..

Imani & Baju Koko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelam kabut jadinya pagi tadi.. Elok ja nak sampai sekolah, tiba-tiba anak dara Sha si Imani tu bagi tahu.. Mak, adik kena bawa baju koko hari ini.. Jenuhlah Sha fikirkan penyelesaiannya.. Sudahnya Sha telefon encik suami.. Berpatah-patah baliklah kami menghantarkan baju koko dia.. Mujurlah masa Sha sampai sekolah, Imani masih di tapak perhimpunan.. Bersungguh dia melompat dan melambai nak bagi Sha nampak dia.. Imani minta tinggalkan dekat kedai buku yang letaknya betul-betul tak jauh dari tapak perhimpunan.. Sha pun tinggalkan jelah baju tu kat kedai buku dan masuk semula pejabat.. Adoilah anak.. Sabar jelah menengoknya..

Lactel Bliss Edisi Terhad: Kalamansi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wah.. Tak sangka ada gabungan yang menarik dari Lactel.. Sha beli satu untuk rasa.. Sha beli 99 Speedmart.. Sedap rasa dia.. Mulanya Sha risau juga kalau airnya terlalu masam.. Yelah yogurt kan emmang masam, kalamansi atau kita panggil limau kasturi ini pun secara naturalnya memang masam.. Tapi bila Sha minum, tak adalah masam melampau.. Alhamdulillah sedap je.. Memang okaylah untuk pencernaan.. Boleh beli lagi ini nanti, selagi masih ada di jual..

Lactel Bliss Edisi Terhad: Kalamansi (700g) - RM6.40

Ala.. Tak nampak pula airnya warna kuning.. 

Wednesday, July 16, 2025

Temujanji ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani untuk temujanju ENT pula.. Alhamdulillah, hidung Imani makin okay cuma masih perlu TCA tapi tak keraplah.. Tahun depan pula jumpa lagi.. Cuma perlu makan ubat dan spray hidung ikut keperluan sahaja tak payah pakai hari-hari dah.. 

Pesakit pertama yang jumpa doktor.. Tak sampai 10 minit pun.. Doktor periksa hidung dan telinga.. Okay semuanya..

Menanti ubat pula.. Dapat ubat makan dan ubat spray hidung..

HACKS: Original, Blackcurrant, Cengkih&Epal, Honey&Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mesti ramai biasa makan gula-gula ini kan yerutama sekali yang original tu bila tengah batuk.. Pedas dia tu memang melegakan tekak bila di kemam.. Blackcurrant dengan cengkih+epal tu biasanya makan sesekali.. Sama ada nak segarkan mata atau legalan tekka yang gatal.. Sha jarang beli yang honey+lemon tu sebab bila makan nanti lidah rasa tak best.. Tak pastilah kenapa..

HACKS: Original (100g), Blackcurrant (100g), Cengkih & Epal (100g)

HACKS dengan tiga rasa yang berbeza..

HACKS: Honey & Lemon (8pcs) - RM1.20

Program Bicara Novelis@Perpustakaan 2025 Siri 1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baguslah perkongsian kali ini.. Pertama kali Sha kenal penulis ini.. Portfolio beliau menarik.. Tak sangka karya beliau pelbagai.. Bukan setakat novel tetapi penulis skrip juga.. Memang menarik.. Perkongsian beliau juga menarik..

Jangan lepaskan peluang untuk bersama Siti Jasmina Ibrahim, penulis novel dan skrip drama terkenal seperti ‘Trilogi Cinta, Candal, Khilaf Asmara & Syurga Bukan Percuma’ serta penulis skrip filem ‘Pagari Bulan’ yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia 2023 dalam sesi santai penuh inspirasi!

🗓 15 Julai 2025 (Selasa)
🕝 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Ruang Perkhidmatan RLN, Aras 3 Timur, Anjung Bestari, PNM

🎤 Moderator: 
Mohamad Fahmi Faiz Abd Ghani 
(Pen. Pengarah Sumber Elektronik, Perpustakaan Negara Malaysia)

📺 Siaran langsung berkonsepkan podcast di Youtube PNM TV Channel:

Tuesday, July 15, 2025

F&N Sparkling Korean Peach & Pink Grapefruit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air ini memang beegas betul ya.. Sha minum sikit-sikit jadi satu botol tu kadang sampai seminggu baru habis, tapi gasnya masih ada.. Tak berapa manis.. Korean Peach ada bau wangi buah pic dan rasa pic yang sedap.. Tambah menarik bila digabungkan dengan rasa bergas tu.. Rasa dia tak adalah manis melampau.. Okaylah.. Grapefruit tu memang ada rasa pahit dihujung-hujung dia.. Menarik betul bila buah ini dijadikan air sparkling tau.. Rasa dia unik tapi sedap..

F&N Sparkling Korean Peach - RM2.50
F&N Sparkling Pink Grapefruit - RM2.50

Temujanji Ambil Darah MOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk TCA MOPD beliau minggu depan.. Banyak jugalah tadi MA tu ambil darah dia.. 

Banyak juga darah encik suami yang diambil untuk ujian HbA1C, FBC dan RP/LFT/FBS/FLP (renal function test, liver function test, fasting blood sugar and fasting lipid profile)

7-Eleven Honey Coconut Walnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenama 7E ini makin banyak pula produk dia.. Ini salah satunya.. Buat mereka yang suka makan kacang tapi nak pelbagaikan rasa di lidah, bolehlah cuba kacang walnut yang bersalut madu dan kelapa ini.. Unik tapi sedap.. Rasa kelapa dan madu tu berjaya digabungkan dengan ngam dan tidak manis.. Sedang elok ja.. Memang asyiklah mengunyah.. Isi dalam dia sepadanlah dengan harganya.. Satu pek ini sekali makan ja..

7-Eleven Honey Coconut Walnut (40g) - RM4.72

Inilah rupa kacang walnut yang bersalut kelapa dan madu..

Monday, July 14, 2025

Blind Box Nestle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha singgah Kedai Mesra Petronas beli stok aiskrim, eh dapat blind box.. Rupanya pembelian RM20 ke atas akan dapat 1 blind box ini.. Kalau tengok design yang ada pada kotak, semuanya menarik.. Isi dalam blind box ini rantai kunci dengan patung comel yang oleh digantung pada bag.. Sha tak pasti lah event ini dekat Kedai Mesra Petronas sahaja atau tempat lain pun ada.. Ini pun sebab menyinggah beli stok aiskrim, tu yang dapat sekotak..

Beli aiskrim untuk stok kudap-kudap.. Dapat 1 kotak blind box dari Nestle..

Sha dapat 'Plush' bentuk air tin Nescafe bernama Coby.. Besar juga saiz dia..

Ada 5 bentuk Nestle 'Plush'.. 

Temujanji Tampalan Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Imani pagi ini dapat doktor yang sangat baik.. Awal tu dia tak bagi doktor tu sentuh gigi dia.. Sakit sebab ada lubang dekat gigi tu.. Tapi pujukan demi pujukan, akhirnya selesai tanpa banyak drama.. Memang terbaiklah doktor tu.. Sha pun tak payah nak keluar suara.. Memang sepenuhnya dia ikut arahan doktor tu.. Dapat doktor yang baik pun rezeki..

Nama Imani dah masuk dalam senarai untuk bilik bedah.. Kemungkinan dalam hujung Oktober atau awal November.. Kali ini kena tahan wad sebab prosedur nya agak lama dan sedikit besar.. Nak buang 2 gigi taring dan akar gigi taring ini agak panjang.. Harapnya semua baik-baik sahajalah.. Aamiin..

Awal pagi dah kena ikut mak ke Hospital.. Ada temujanji..

Bulan 9 nanti jumpa doktor gigi dengan doktor bius..

Menang GiveAway Sempena Birthday 2025 by Blogger Notie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak perasan pengumuman Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025 oleh Blogger Notie ini.. Kebetulan pagi Rabu tu tengah ralit tengok Threads, tu yang perasan email masuk dari Kak Notie.. Terus balas.. Terima kasih kak.. Lepas tu terus Sha terjah blog Kak Notie.. Yeah!! Memang ada dalam senarai pemenang.. Sha peserta terakhir rupanya yang berkesempatan komen "Saya Nak" di entry GiveAway Sempena birthday 2025..

No 10. guys.. Alhamdulillah rezeki..

Hadiah selamat sampai pada 12.07.2025 tapi Sha baru ambil semalam.. Sha dapat notifikasi whatsapp dari penghantar.. Tu yang tahu Sabtu dah sampai.. Memang tak sabarlah lepas nampak gambar kotak.. Terima kasih Kak Notie untuk hadiah yang ohsem dan comel ini..

Argh!!!! Comelnya..

Sunday, July 13, 2025

ROSHEN Konafetto Bianco - White Choco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha datang lagi bersama jajan viral.. kikiki.. Ini Sha beli dari rakan sekerja.. Beliau beli pek besar dan jual semula dalam pek kecil.. Jadilah buat rasa-rasa.. Kali ini Sha beli yang ada coklat putih di bahagian dalam biskut wafer tu.. Menariklah rasa dia.. Gabungan rasa coklat dan coklat putih beserta wafer.. Ngamlah untuk tekak Sha.. Sebungkus ini memang tak lamalah, kejap ja habisnya..

ROSHEN Konafetto Bianco - White Choco (10pcs) - RM6

Coklat menyaluti wafe berwarna putih dengan isi dalam wafer tu krim coklat putih.. Menarik kan..

Thailand | Haunted Tales (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini menyampaikan 3 kisah seram yang berbeza.. Ketiga-tiganya tentang dendam cuma disampaikan dengan cara yang berbeza.. Memang menarik penyampaian bagi setiap kisah.. Bolehlah layan suka-suka walaupun tengok sambil pause.. kikiki.. Kisah 1, dendam apabila dibunuh.. Kisah kedua pula penggunaan ilmu hitam dalam mengurung roh di sebuah hotel.. Kisah ketiga tentang dendam zaman lampau..

Movie: Haunted Tales
Screenwriter & Director: E Suphakorn Riansuwan
Genres: Horror, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Mar 11, 2021
Duration: 1 hr. 50 min.
An omnibus of three short horror stories.

“Haunted Car”: Pete, a young businessman takes a taxi back home from the airport. The driver makes a detour, excusing the roadblock from a nearby construction and starts to reveal shocking secrets hidden deep in Pete’s tormented past.

“Reborn”: Tiwa, a smart and pretty girl, has a special power to communicate with the dead. She accepts to help a haunted hotel owner to set the captive spirits free. Tiwa then mentally recalls the gruesome murder in one of the rooms, the incident that kept them suffering for a long long time.

“The Book of Truth”: Jess, a horror writer, receives a mysterious e-mail about the strange curse of the ancient scripts engraved on palm leaves. He writes his new stories on the leaves he found at a remote resort, not knowing that everything he writes on the leaves will become true!

Toasty Margarine Sugar Croutans

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rangup ya.. Syok betul kunyah.. Tak adalah manis sangat walaupun bergula.. Sha beli dekat kedai ECO.. Isi dalam bungkusan tu berbaloilah dengan harga dia.. Banyak juga.. Saiz dia tu walaupun comel, memang syoklah nak kunyah..

Toasty Margarine Sugar Croutans (100g) - RM2.60

Isi dalam dia.. Comel-comel ja ketulan rotinya..

Saturday, July 12, 2025

7-Eleven Dried Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kesukaan Imani sebenarnya.. Sha musykil juga kenapa dia suka.. Imani sanggup simpan duit belanja sekolah dia untuk beli pisang kering ini.. Sha tertanya-tanya, jadinya Sha mintalah sikit ke Imani untuk rasa.. Sedap rupanya, macam makan pisang sebenar cuma versi rangup.. Memang rasa pisang betul, sedap tau.. Bolehlah dijadikan kudapan sendiri atau anak-anak.. Isi dan harga tu, bolehlah..

7-Eleven Dried Banana (30g) - RM7.90

Inilah rupa pisang yang dah di beku keringkan.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com