Thursday, March 3, 2022

King's Aiskrim Potong: Kacang Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba aiskrim potong jenama King's ini.. Tapi di jual secara sekotak bukan sepotong.. Jadinya Sha beli jelah, boleh makan sekeluarga.. Isi dalam ada 6 potong.. Sedap aiskrim ini.. Mewah dengan rasa kacang merah dan tak manis sangat.. Boleh beli lagi ini buat stok dekat rumah..

Nampak ketulan-ketulan kecil kacang merah di situ.. Selain itu ada juga seketul besar kacang merah bila gigit aiskrim ini.. Memang puas hatilah..

RM8.70 (6 potong)

Novel | Rasukan Buaya oleh Iz Zunairah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasukan buaya menceritakan tentang 4 beradik bangsa 'Eppa.. Mereka ini menjadi rebutan kerana hidup di Alam Sir dan mempunyai kembar manusia dan mereka ini mempunyai kuasa.. Adik mereka yang bongsu menjadi rebutan kerana mampu mencari kristal merah yang boleh memberikan kuasa kepada siapa yang memiliki.. Adik tu disembunyikan di alam manusia namun kerakusan tak menghalang meeka yang tamak.. Ujian datang bila identitinya terbongkar namun ada yang melindungi dan membawanya ke jalan yang benar..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2019 by Buku Puris

Alfredo Hazelnut Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba coklat jenama ini.. Sha beli sebab terasa kekacang dia bila pegang plastik tu.. Memang banyak gila dan besar-besar kacang dia.. Berbaloi betul bayar RM3.99 untuk saiz sebesar ini.. Puas makan.. Memang boleh beli lagi.. Kena gilalah dengan tekak Sha.. Sekali hadap je coklat ini..

RM3.99 di 99 Speedmart..

Nampak tak betapa meriahnya ketulan kekacang di coklat tersebut.. Tebal tau coklat ini.. Memang puaslah Sha kunyah..

Wednesday, March 2, 2022

Koleksi Baru di Google Play Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menambah koleksi ebook di rak Google Play Books.. 2 buku ini memang dalam target Sha untuk beli cumanya Sha lebih senan mengumpul ebook sekarang ini.. Lebih mudah nak simpan.. hehehe.. Sha memang dah lama aim nak beli Projek Seram tu.. Buku Puaka tu pula, Sha terjumpa.. Ini buku baru yang Sha tak baca lagi.. Jadinya jomlah menambah koleksi.. hehehe..

1. Projek Seram Bas - Affieyza Isahak, Fitri Husin, Helmi Effendy (RM15.58)
2. Puaka Kantin Sekolah - Khairul Nizam Khairani (RM8.48)
3. Projek Seram Guard - Akma Saidon, Suzani Nadzir, Julie Jasmin (RM15.58)
4. Puaka Koperasi Sekolah - Mira Ishak, Siti Solehah & Balqis Jaz (RM8.48)

Mighty White: Cheese Sugar Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli tapi ada orang bagi.. Sha dapat roti ini masa dalam kuarantin.. Rezeki hari Jumaat.. Tak pernah pula nampak dekat kedai.. Pelbagai jenis dan rasa rupanya roti di pasaran sekarang.. Kali ini Sha mencuba Cheese Sugar Bun dari jenama Mighty White.. Asalnya roti ini Sha dapat masa kuarantin tapi tak sempat Sha rasa.. Kemudiannya Sha terjumpa di kantin hospital, Sha beli untuk dijadikan sarapan.. Bestlah rasa dia.. Tak terlalu manis, cheese pun banyak.. Sesuai sangat dengan harga dia tu..

RM3.20

Ini rupa rotinya.. Ada 4 ketul bun kecil.. Sekali hadap je ni kalau ada kopi atau nescafe.. hehehe..

Drama Jepun | Dakara Korosenakatta (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang suspen bila mana seorang wartawan dihubungi pembunuh dan diajak berbalas kenyataan serta disiarkan di suratkhabar bagi mengelakkan pembunuh itu terus membunuh.. Tanpa disedari wartawan tersebut, pembunuh tu sebenarnya sangat mengenali beliau dan berdendam dengan wartawan tersebut atas kesilapan yang tak disengajakan.. Usaha wartawan itu menyiasat siapa pembunuh sebenar berjaya membongkar satu rahsia melibatkan peristawa yang lama berlaku hingga memecahkan keluarga beliau.. Memang cerita yang padat dan ringkas.. Menarik untuk ditonton..

Drama: Dakara Korosenakatta
Also Known As: So I Couldn't Kill , So I Could Not Kill
Genres: Mystery
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Jan 9, 2022 - Feb 6, 2022
Aired On: Sunday
Original Network: WOWOW
Duration: 50 min.
“Try stopping my murders with words.” This is one of the lines in the first letter delivered to Ippongi Toru, a roving journalist for Taiyo Shinbun’s local news desk. The serial killer designates Ippongi and demands a public debate in the Taiyo Shinbun. The following letters includes the described details of the random serial murders which have shaken the Tokyo metropolitan area. Using the journalist’s power of words, Ippongi goes head to head with the criminal who warns of another murder. 
The unprecedented dialogue between the serial killer and newspaper journalist eventually rocks society.

~~ Adapted from the novel "Dakara Korosenakatta" (だから殺せなかった) by Ippongi Toru (一本木透). ~~

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, March 1, 2022

Novel | Jade oleh Laila Kamilia

Assalamualaikum..
hye semua..

Sebuah novel yang ada selingan berbentuk komik.. Menariknya novel ini adalah ianya merupakan novel ketiga mengenai kisah Jade dan Zed.. Namun tak perlu gusar, boleh je dibaca secara stand alone.. 

Jade membawa kisah mengenai seorang agen bernama Jade yang dikambing hitamkan demi satu senarai yang tidak disangka.. Dalam masa yang sama, Jade juga perlu mencari rantai bernilai 14 juta yang ditinggalkan kekasihnya secara rahsia disebuah lokasi.. Mujurlah ada rakan yang masih setia membantu saat Jade berada dalam kesusahan..

Sha baca dan selesai pada 01.03.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Laila Kamilia

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA yang ohsem ini.. Hadiahnya buku tau.. Rugi kalau tak joint..


Hadiah :
2 buah buku x 2 orang pemenang. (Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah yang terdapat dalam internet)

Tarikh :
Giveaway ini berlangsung bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2022.

Goodreads | Bacaan Februari 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha berjaya melebihi target yang Sha tetapkan.. Itupun sebab baca komik bersiri yang bertajuk Hope.. Tapi tu lah, tak habis lagi.. Tak tahu apa kesudahannya.. Kemudian minggu lepas ada ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk buat pinjaman kelompok, memang lagi meriahlah bacaan Sha.. Berikut antara tajuk yang berjaya Sha baca.. Ada ebook dan juga buku fizikal.. Ada yang dari rak peribadi Sha dan ada yang Sha pinjam dari Perpustakaan..



14-20. Hope 01-07 by Zint - ebook

21. Hacker oleh Zint - ebook


Costa Coffee: Salted Caramel Iced Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam saja ajak encik suami ke Kuala Kubu Bharu cari Costa Coffee.. Kebetulan ternampak logo dia, masa jalan-jalan sebelum ini.. Kali ini memang puas hatilah bayar.. Tempat terpencil, jadinya mesin pun tiptop.. Lepas ini kalau teringin, boleh lajak ke sini je.. hehehe..

Salted Caramel Iced Mocha - RM12.50

Cheese & Ham Waffle - RM6
Yang ini diskaun sebab beli costa coffee.. Kalau tak harga dia RM7.50..

Rasmikan sweater sama.. hehehe..

Secret Recipe: Hokkaido Triple Cheese Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba kek ini di Secret Recipe, terus Sha jatuh cinta.. Seriouslly sedap sangat.. Gabungan kek dan cheese dia, mengancam gila.. Tak pernahlah jumpa gabungan yang tak manis dan emmuakkan macam ini.. Memang boleh beli lagi.. Patutlah dia jadi cake of the month.. Hehehe..

Gabungan coklat dan cheese yang ohsem..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com