Assalamualaikum..
Hye semua..
Himpunan cerpen seram yang tak mengecewakan.. Kali ini lebih menarik dengan pelbagai twist..
Cerpen pertama mengenai gurauan.. Nampak macam tak berbahaya tapi akhirnya mengundang petaka.. Perkara yang melibatkan gurauan kalau tak kena gaya memang padahlah jawabnya.. Cerita yang kedua pula memang betul-betul luar jangkaan.. Plot twist dia lain macam.. Cerita ketiga pula mengenai pemberian, jangan sebarangan menerima sebab kita tak tahu apa yang datang dengan pemberian tersebut.. Cerita keempat mengenai pencarian.. Kadang ada benda yang tak perlu nak dicari kerana tak semua berpeluang menemuinya.. Cerita kelima tentang penjara.. Kisah yang tersembunyi tanpa siapa pun tahu.. Cerita leenam mengenai Covid.. Rindu pula kenangan pkp.. kikiki.. Cerita keenam tentang pendamping.. Lain macam betul jalan ceritanya.. huhuhu.. Kisah ketujuh ini sedikit sedih walaupun ada seramnya.. Kisah tragislah juga.. Cerita terakhir pula tentang perasaan.. Aduh!! Yang akhir ini memang lain macam ceritanya.. Cerita yang meninggalkan kesan yang tak dijangka dengan suntikan misteri..
Sha baca dan selesai pada 04.09.2025..
Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..