Thursday, September 11, 2025

Ke Teluk Intan Ambil Si Putih

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami ja yang ride.. kikiki.. Motor ini beliau hantar ke Teluk Intan pada 23 Ogos haritu.. Nak jalan jauh kan nanti, kenalah rawat dulu.. kikiki.. Semalam beliau minta Sha ikut ke Teluk Intan untuk ambil balik.. Encik suami tunggu Sha balik kerja jam 5, lepas tu terus gerak pergi.. Yeah!! Motor dah siap.. Barulah encik suami boleh teruskan misi berjalan dengan tenang.. Kedai dekat Teluk Intan ini memang pakar dalam pembaikkan motor.. Harga pun mampu bayar.. Tu yang encik suami sanggup hantar walaupun jauh.. Berbaloilah kata orang..

Kami sampai rumah jam 8.30 malam.. Encik suami kebasahan sebab Teluk Intan hujan, lepas tu Sungkai sampai Behrang hujan..

Kami singgah beli makanan dekat pasar malam di tepi Masjid At-Taqwa Teluk Intan Perak Sebelum ke kedai ambil mortor.. Bawah ini antara menu menarik di pasar malam yang kami beli..

Aneka piza.. 8 keping ini RM20 boleh campur-campur.. Okaylah.. Mengenyangkan.. Roti dia lembut..

Air coklat special RM9.. Mewah rasa coklat dia..

Kuih koci pulut hitam.. Sebekas ini RM3.. Sedap, cukup rasa dan tak manis..

Snowy Spanish Latte - RM8.90
Hentian terakhir sebelum gerak balik, Sha singgah Petronas beli tealive.. Lama tak menyinggah, rupanya dah banyak jenis kopi dia tawarkan.. Dulu pilihan terhad.. Menarik air yang Sha beli ini.. Rasa kopi dia tak kuat dan lembut ja.. Tak berapa manis.. Bolehlah dengan harga yang ditawarkan tu..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com