Assalamualaikum..
Hye semua..
FIlem yang kelakar dan menarik.. Nama watak ja dah kelakar.. Hahaha.. Jalan cerita dia memang ada isilah cumanya cara dipersembahkan tu tak sempat nak rasa takut atau berdebar.. Lebih pada kelakar.. Walaupun heronya tak handsome..
6 Jilake arahan Aziz M. Osman ini membawa kita kembali ke abad ke-18, ketika kuasa asing masih cuba menguasai tanah kita.. Belanda datang dengan niat menguasai lombong bijih timah, lalu mengupah sekumpulan samseng yang digelar 6 Jilake.. Dari sinilah bermula pertembungan antara penceroboh luar, sekumpulan penjahat upahan, dan penduduk kampung yang cuba mempertahankan tanah air mereka..
Walaupun jalan cerita membawa tema sejarah, filem ini bukan sekadar serius semata-mata.. Banyak selingan humor yang menjadikan ia lebih ringan dan dekat dengan penonton..
Barisan pelakon dia pun cukup meriah.. Ada yang garang, ada yang kelakar, ada yang penuh dengan gaya dramatik.. Interaksi mereka membuatkan kita yang menonton tidak hanya fokus pada pertarungan, tetapi sempat juga bergelak ketawa dengan lawak mereka..

6 Jilake
2025 ‧ Action/Adventure/Comedy/History ‧ 2h 14m
Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda cuba memonopoli bijih timah di Perak dengan mengupah samseng 6 Jilake untuk mengawal lombong, termasuk Kampung Ketayap. Namun, kampung itu dilindungi oleh pendekar Kuping. 6 Jilake ditugaskan menakluk Kampung Ketayap demi khazanah yang dikatakan tidak ternilai. Mampukah Kuping mempertahankan kampungnya dari cengkaman Belanda?

Pelakon dan nama watak yang dibawa dalam filem ini..
Kelakar ja nama dia..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..